Warga USIM semangat zahirkan rasa cintakan negara
NILAI, 30 September 2019 – Hasrat menyemai rasa bangga menjadi warganegara Malaysia diterjemah melalui penganjuran program-program menarik sepanjang Sambutan Bulan Kebangsaan 2019 peringkat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Naib Canselor USIM yang merasmikan Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan 2019 berkata penglibatan pelbagai lapisan umur dan jabatan dalam perbarisan dan perarakan menunjukkan semangat patriotisme dan nationalism dalam [...]