NILAI – Pasukan STREAM (Sains, Teknologi, Keagamaan, Kejuruteraan, Kesenian dan Matematik) Fakulti Sains dan Teknologi (FST) USIM mengambil inisiatif menghasilkan produk Lab in a box yang mudah dibawa, untuk menarik minat para pelajar dalam melakukan eksplorasi sains di rumah mahupun sekolah.
Lab in box ini mengandungi dua kit/modul asas iaitu Slime making kit dan DIY Perfume. Kedua-dua kit ini mengandungi bahan-bahan kimia yang selamat serta alatan untuk melaksanakan eksperimen tersebut. Tujuan utama selain menarik minat pelajar menjadikan sains ini sebagai hobi dan permainan, produk ini juga senang difahami, mudah dilaksanakan dan selamat dijalankan oleh para pelajar seawal usia 8 tahun dengan bantuan serta pemerhatian oleh ibu bapa dan guru-guru.
Ketua Penyelidik Dr Muhammad Zamir Othman menyatakan, atas permintaan yang tinggi sebanyak 1000 unit telah diedarkan kepada guru-guru, ibubapa dan pelajar, dan kit yang dihasilkan telah melalui beberapa saringan keselamatan untuk memastikan ianya selamat, selain menyediakan penerangan ‘Know your chemical’ yang diselitkan dalam kotak tersebut untuk memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai bahan kimia yang digunakan.
“Sehingga kini kedua-dua kit ini telah berjaya menembusi pasaran Malaysia dengan kerjasama pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan Agensi Inovasi Malasysia dalam inisiatif pengukuhan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) menerusi sesi jelajah ke beberapa negeri antaranya Sarawak, Kedah, Perak dan Melaka. DIY Perfume turut mendapat kerjasama dengan syarikat tempatan dibawah jenama Elliadore”.
“Harga pasaran untuk Slime making kit adalah RM20 dan dapat menghasilkan 3 slime, manakala DIY Perfume pula RM40 dapat menghasilkan 7 jenis perfum.
“Kami menjangkakan untuk mengeluarkan 2 lagi kit baharu iaitu penghasilan sabun serta molekul-molekul kimia. Ini bagi meningkatkan pilihan-pilihan eksperimen untuk pelajar melakukan penerokaan supaya dapat meningkatkan minat mereka terhadap bidang STEM”, tambah Dr Zamir.
Lab in a box ini turut memenangi anugerah pingat Emas dan anugerah Al-Khawarizmi pada Exposition on Islamic Innovation (I-inova) 2018.
Ahli Kumpulan:
1)Dr Muhammad Zamir Othman (Ketua Penyelidik)
2) Nur Atiqah Bt Md Isa
3) Siti Nazurah Bt Md Jusoh
4) Muhammad Nabil Bin Bazli
5) Raihan Binti Mohd Taib
6) Nur Syazwani Bt Zulkeflee
7) Farah Asyikin Bt Muhammed Maasus
8) Nor Atilia Athira Binti Zaahari