NILAI – Penguasaan bahasa Arab merupakan asas pemahaman dan penghayatan al-Quran, juga dengan menguasai bahasa Arab dapat meningkatkan pencapaian dalam pendidikan agama islam khususnya dalam Tilawah al-quran.
“i-Majrurat” merupakan laman sesawang bagi memudahkan pembelajaran tatabahasa Arab kepada orang ramai khususnya kepada pelajar yang mengambil jurusan bahasa Arab. Ini juga mendorong mereka lebih mendekati dan mencintai bahasa Arab kerana ia boleh diakses di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja melalui rangkaian internet ditambah pula boleh diakses melalui telefon pintar.
Laman web ini membincangkan serba ringkas tentang perkara yang berkaitan dengan Majrurat yang diperlukan oleh seorang pelajar bahasa Arab seperti definisi, pembahagian, contoh, cara I’rab, peta minda serta huraian ringkas yang boleh membantu pelajar unuk menggunakannya dalam pembelajaran bahasa Arab.
Menurut Prof. Madya Dr. Mohammad Najib Jaffar, Majrurat adalah salah satu pembahagian I’rab yang utama, walaupon Majrurat ini satu tajuk yang ringkas tetapi penggunaanya dalam bahasa Arab amat kerap berbanding dengan tajuk-tajuk lain. Mendapat idea untuk hasilkan majrurat ni bermula sejak mengajar subjek Bahasa Arab Profesional dan Teknologi lima tahun yang lalu dan menyedari tentang kewujudan laman web yang tidak memerlukan server berbayar dan peluang untuk menyebarkan ilmu secara interaktif maka terhasillah produk ini.
“Mempunyai komitmen yang tinggi sebagai seorang pendidik adalah antara cabarannya, namun setelah laman web ini siap dibangunkan dan mendapat kerjasama industri yang terdiri daripada Sekolah KAFA Integrasi Rancangan Tanah Belia Bukit Changgang seterusnya mendapat respon positif daripada mereka untuk dijadikan alat bantu mengajar sekunder maka segala penat lelah tersebut berbaloi”, jelas beliau.
Tambah Prof Madya Dr Mohammad Najib lagi, pembahagian tugas secara kolektif sesama ahli penyelidik, maka produk ini terhasil dengan hanya mengambil masa 6 bulan sahaja, dan produk ini telah dipatenkan dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada 2 Disember 2015 lagi, dan turut merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak universiti yang menanggung sepenuhnya kos permohonan dan pemprosesan paten tersebut.
Kelebihan produk ini di mana tajuk tatabahasa Arab iaitu Majrurat diterangkan menggunakan aplikasi web 2.0 seperti Flipsnack, Screencast dan sebagainya dan tidak diterangkan secara mendatar oleh laman web yang lain. Di samping ia mudah diakses tidak kira tempat dan waktu selain memuatkan gamifikasi bagi menarik minat penutur bukan jati untuk mempelajari tajuk Majrurat khususnya dan kemahiran bahasa Arab umumnya.
Produk ini pernah menambat hati juri pada beberapa pertandingan antaranya mendapat pingat emas pada International Syariah Compliant Idea, Invention, Innovation and Design (iSCIIID 2016), pingat perak pada International University Carnival on E-Learning (IUCEL 2017) dan pingat gangsa pada International Conference and Exposition on Inventions by Institutions of Higher Learning (PECIPTA 2015).
Ahli-Ahli Penyelidik:
Dr. Mohammad Najib Jaffar (Ketua Penyelidik)
Dr. Nurkhamimi Zainuddin,
Dr. Azlan Shaiful Baharum,
En. Aiman Sha’ari