NILAI, 1 Julai 2019- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memainkan peranan sebagai sebuah IPTA yang menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat melalui kumpulan penyelidikannya iaitu Pusat Penyelidikan Dalam Penyalahgunaan Dadah Asia (ACREDA) di bawah Institut Sains Islam (ISI) USIM dalam bidang pencegahan penyalahgunaan dadah. Dengan pra pelancaran ACREDA-Nexus 2019 dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Prof Dr Abdul Rahim Abdul Rahman yang diberi nafas baharu sebagai National Drug Information Centre (N-DICE) sebagai platform maklumat berkaitan pencegahan, rawatan dan pemulihan penyalahgunaan dadah, majlis ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada pemegang-pemegang taruh serta membuat penjenamaan semula ACREDA kepada komuniti dan masyarakat setempat.
ACREDA memainkan peranan sebagai pusat rujukan dan pusat penyelidikan berkaitan penyalahgunaan dadah yang lengkap, sistematik terkini dan boleh diperoleh dengan mudah dan cepat melalui aplikasi sistem teknologi maklumat terkini dan moden.
Ditubuhkan pada 1 Januari 2010 atas kesedaran untuk membantu negara dalam berhadapan dengan musuh nombor satu iaitu masalah penyalahgunaan dadah. Penubuhannya berasaskan kepada landasan penubuhan Pusat Kecemerlangan di bawah Teras Ketiga Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) iaitu Memperteguh Penyelidikan dan Inovasi. Dalam mencapai maksud yang mulia ini.
Melalui pengembangan dan pemerkasaan aktiviti SIG (Special Interest Group) dalam penyalahgunaan dadah melalui Program Diploma Siswazah dalam Penyalahgunaan Dadah (Speciality Program for Alcohol and Drug Abuse-SPADA) yang ditawarkan di USIM semenjak tahun 2005, sekarang, program ini dikenali dengan nama Sarjana Kaunseling dalam Penyalahgunaan Dadah.
Turut diadakan pra pelancaran buku Pencegahan Penyalahgunaan Dadah berasaskan pembuktian yang akan diedarkan kepada guru-guru PPDa, kaunselor sekolah, ketua jabatan dan pemimpin masyarakat dan dijangka akan dilancarkan hujung tahun ini sempena mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membanteras Dadah. Buku ini ditulis oleh Dato Dr Abd Halim Mohd Hussin selaku Felo Penyelidik ACREDA, Gobind Sigh Deo Menteri Komunikasi dan Multimedia selaku Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Untuk Pendidikan Pencegahan Dadah Negara, dan Prof Madya Dr Muzafar Shah Razali dari UPSI.
Turut hadir sama AADK, PDRM, JAKIM, KKM, dan Persatuan Pengasih Malaysia.
Disediakan oleh:
Noorumaina Mohamed Yunus
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan