About StraComm USIM [Umaina]

This author has not yet filled in any details.
So far StraComm USIM [Umaina] has created 2478 blog entries.

Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad dilantik semula sebagai Naib Canselor USIM

NILAI, 28 Jul 2017 – Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad diberi kepercayaan oleh YB Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi untuk terus menerajui kepimpinan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sebagaI Naib Canselor apabila dilantik semula ke jawatan tersebut untuk tempoh dua (2) tahun lagi. Pelantikan baharu ini adalah bermula pada 16 Ogos 2017 hingga [...]

Sambutan jamuan Hari Raya 2017 USIM disambut meriah

NILAI, 20 Jul 2017 – Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tahun ini disambut pada syawal 26 dengan kehadiran 1500 tetamu yang berkunjung bagi menikmati pelbagai juadah yang disediakan. Diurusetiakan oleh Badan Kebajikan dan Kakitangan (BKK) USIM,majlis bermula jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari di Dewan Tuanku Canselor dengan [...]

USIM erat kerjasama dengan anjuran julung kali Karnival Sekolah Kluster dan Angkat USIM 2017

NILAI, 15 Julai 2017 - Seramai 500 orang pelajar sekolah membanjiri karnival melibatkan 60 pasukan menyertai pertandingan dari 18 buah sekolah dalam acara yang dianjurkan USIM bertempat di Dewan Tuanku Canselor bermula 14 hingga 16 Julai. Bersempena dengan Karnival Sekolah Kluster dan Angkat USIM 2017 ini juga turut diadakan Program Young Innovator Challange (YIC) dan [...]

Hazimi Asyraf – Ingin mendalami seni lukisan khat

Nama penuh: Muhammad Hazimi Asyraf Bin Rusli Nama panggilan: Jimmy Asal: Kelantan Tarikh Lahir: 12 Ogos 1994 Bilangan dalam adik-beradik: anak bongsu dari empat beradik Hobi: Melukis, surf internet, tengok movie Jurusan pengajian ketika di universiti: 1. Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Teknologi Kimia Industri, Fakulti Sains dan Teknologi (FST) Nama penuh ayah: Rusli bin [...]

By |2017-07-06T14:49:53+08:00Jun 30th, 2017|Pelbagai|

Mampukah Menginsankan Teknologi?

Revolusi Industri – istilah diperkenalkan oleh ahli sejarah terkenal, Arnold Toynbee (1889-1975), adalah satu fenomena yang dianggap lazim dalam masyarakat moden. Apa lagi masyarakat perindustrian yang menjadi contoh kejayaan hari ini. Malah, banyak negara ingin menjadi masyarakat perindustrian, termasuk Malaysia dengan merangka strategi‎ tertentu seperti Wawasan 2020 dan sebagainya. Teras [...]

By |2017-07-03T14:41:50+08:00Jun 30th, 2017|In our words|

Alumni USIM wakafkan keperluan di Kompleks Islam USIM

NILAI, 22 Jun  2017 - Memanfaatkan ganjaran pahala berterusan dengan amalan berwakaf dan keberkatan pengakhiran Ramadan, sekumpulan alumni Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil inisiatif mewakafkan beberapa keperluan ke Kompleks Islam USIM. Sebanyak dua unit kerusi roda dan empat kipas tiang disumbangkan oleh wakil kumpulan alumni FST, Encik Mohd Syafaat [...]

Naib Canselor dan Pragmatis USIM agih sahur kepada petugas Beruniform

NILAI, 10 Jun 2017 – Pengorbanan pasukan beruniform seperti polis dan bomba yang sentiasa bersiap-siaga 24 jam untuk keselamatan dan keharmonian masyarakat sentiasa di hargai. Justeru itu, Persatuan Pegawai Tadbir dan Ihtisas (PRAGMATIS) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada baru-baru ini menyantuni para petugas beruniform pada awal pagi untuk menyerahkan sumbangan juadah sahur kepada mereka. [...]

Berpuasa di bulan Ramadan madrasah terbaik lentur peribadi anak-anak

Bulan Ramadan merupakan waktu terbaik untuk umat Islam melaksanakan amal ibadah kerana telah dijanjikan oleh Allah Taala akan keberkatan dan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Sayugia, ibadah puasa di bulan Ramadan merupakan tunjang amalan ketiga dalam Rukun Islam dan semua umat Islam tidak kira usia perlu sedar kewajipan untuk [...]

By |2017-06-16T08:47:21+08:00Jun 14th, 2017|In our words|

Khutbah Jumaat USIM Mesra OKU


NILAI, 9 Jun 2017- Penyampaian khutbah Jumaat di Kompleks Islam Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berbeza dari khutbah Jumaat di tempat lain apabila turut disampaikan melalui bahasa isyarat. Pusat Islam USIM dengan kerjasama Yayasan Faqeh menyediakan seorang penterjemah bahasa isyarat dalam setiap khutbah Jumaat yang disampaikan setiap minggu. Bermula pada solat Jumaat hari ini, Sukarelawan [...]

2500 Jemaah tunai solat Jumaat pertama di Kompleks Islam USIM

NILAI , 2 Jun 2017 - Kompleks Islam Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) secara rasmi diberi kebenaran oleh Jabatan Mufti Negeri Sembilan untuk menjadi tempat menunaikan Solat Jumaat mulai Jumaat hari ini. Teks pengisytiharan kebenaran solat Jumaat dari Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan tersebut dibacakan secara rasmi oleh Tuan Haji Nor Azamir Alias, Timbalan Mufti Kerajaan [...]

Go to Top