About StraComm USIM [Umaina]

This author has not yet filled in any details.
So far StraComm USIM [Umaina] has created 2476 blog entries.

96 Peserta Tempatan dan Antarabangsa hadiri Persidangan Penterjemahan Antarabangsa 2019

BANGI, 20 Ogos 2019–Penterjemahan merupakan wahana komunikasi ilmu yang utama bagi membangunkan negara, bangsa, dan agama bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia, lebih-lebih lagi dalam era globalisasi dan dunia tanpa sempadan. Menyedari hakikat ini, Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) USIM sebagai tuan rumah kali ini, dengan kerjasama Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), Dewan Bahasa [...]

USIM anjur Young Innovators Challenge tarik minat pelajar sekolah terhadap Stream

NILAI, 22 Julai 2019 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus memainkan peranan menarik minat pelajar sekolah menengah di Negeri Sembilan meminati bidang sains, teknologi, agama, seni, kejuruteraan dan matematik (STREAM) melalui penganjuran Program Young Innovators Challenge (YIC) 2019 peringkat Negeri Sembilan. STREAM USIM selaku penganjur utama sekali lagi mendapat kerjasama dari Chumbaka yang merupakan [...]

USIM iktiraf kepakaran anjur Syarahan Perdana Ekosistem Dakwah dalam Era Digital

NILAI, 8 Ogos 2019 – Pemerkasaan kandungan media Islam dalam era digital perlu menjadi agenda utama dalam usaha untuk membangun budaya dan aktiviti dakwah yang baharu demi kemaslahatan umat sejagat. Justeru, dalam menggembleng usaha untuk mencapai matlamat dalam berdakwah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan Majlis Syarahan Perdana bagi mengiktiraf kepakaran Profesor Dato’ Dr. [...]

110 warga USIM Jalin Ukhwah dengan Bank Islam melalui Kejohanan Bowling Muhibbah

NILAI, 7 Ogos 2019 - Seramai 110 warga USIM yang terdiri daripada Jawatankuasa Pengurusan Tertinggi USIM, Ketua-Ketua Jabatan, barisan para pegawai dan pengamal media telah menyertai Kejohanan Bowling Muhibbah anjuran Bank Islam yang berlangsung di The Bowlers Mesa Mall, Nilai. Menurut Puan Azizah Ahmad, Pengurus Cawangan Bank Islam Nilai, program seperti ini merupakan pertama kali [...]

Timbalan Ketua Polis Negara Sampaikan Sijil Pegawai kepada 62 Siswa USIM

NILAI, 6 OGOS – Hari yang manis untuk dikenang oleh 62 orang siswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) apabila menerima Sijil Pelantikan Pegawai Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) sebagai Inspektor Sukarelawan Simpanan Polis daripada Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor. Penyampaian sijil ini diadakan bersempena Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil [...]

Kumpulan Atra USIM Naib Johan Festival Teater Negeri Sembilan

SEREMBAN  – Kumpulan ATRA Kelab Multimedia dan Keusahawanan Seni, Pusat Kebudayaan USIM muncul Naib Johan Festival Teater Negeri Sembilan (FTNS) yang diadakan di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan (JKKNNS) baru-baru ini. Mereka turut memenangi 4 anugerah yang dipertandingkan iaitu Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Sinografi  Terbaik, Penata Cahaya Terbaik dan Penata Audio Terbaik. Pada [...]

USIM melaksanakan Dasar Akses Terbuka

NILAI, 23 Julai 2019 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mencatat sejarah apabila menjadi  Universiti Awam pertama di Malaysia yang mewujudkan Dasar Akses Terbuka (Open Access) iaitu konsep perkongsian dan penyebaran maklumat secara atas talian secara percuma tanpa sekatan bagi meningkatkan jumlah akses kepada hasil penulisan dan penyelidikan warga USIM dalam pelbagai medium penerbitan. Timbalan [...]

Dua Siswi USIM Gerakkan Misi Kemanusiaan bersama Islamic Relief di Bosnia

NILAI, 25 Julai 2019 – Selepas berjaya melaksanakan dua program kemasyarakatan berimpak kepada komuniti sasaran dalam negara, dua orang siswi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyahut cabaran yang lebih besar untuk membantu komuniti wanita di Bosnia. Maryam Nur Imran dan Rabaatul Adawiyah Junus yang kedua-duanya merupakan pelajar tahun tiga Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah, [...]

Syarahan Perdana Profesor oleh Dato Naib Canselor bertajuk Sensor Kimia Optik

NILAI, 17 Julai 2019- Kira-kira seramai 300 tetamu yang hadir ke Majlis Syarahan Perdana Profesor yang disampaikan oleh Profesor Dato Dr Musa Ahmad, Naib Canselor USIM di Dewan Senat Canselori bertajuk ” Sensor Kimia Optik: Pendekatan Praktikal Dalam Analisis Kimia”. Profesor Dato Dr Musa Ahmad merupakan Presiden Pengasas untuk Persatuan Pembangunan Teknologi Sensor Malaysia (SENSOR), [...]

USIM ketengah Produk Inovasi di HMA 2019

NILAI, 21 Julai 2019– Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) antara yang menyertai Sambutan Hari Muzium Antarabangsa (HMA) peringkat kebangsaan yang diadakan di Perkarangan Muzium Sabah pada 14 hingga 21 Julai 2019, menerima kira-kira 75,265 pengunjung. HMA yang membawa tema Muzium Sebagai Hab Kebudayaan: Kelangsungan Tradisi membuka peluang kepada 27 agensi kerajaan yang mengambil bahagian terdiri [...]

Go to Top