NILAI, 7 Ogos 2019 – Seramai 110 warga USIM yang terdiri daripada Jawatankuasa Pengurusan Tertinggi USIM, Ketua-Ketua Jabatan, barisan para pegawai dan pengamal media telah menyertai Kejohanan Bowling Muhibbah anjuran Bank Islam yang berlangsung di The Bowlers Mesa Mall, Nilai.

Menurut Puan Azizah Ahmad, Pengurus Cawangan Bank Islam Nilai, program seperti ini merupakan pertama kali dianjurkan bersama USIM bagi merapatkan silaturrahim dan sebagai penghargaan kepada USIM yang selama ini telah banyak menyokong dan menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan Bank Islam Cawangan Nilai.

Manakala Prof Madya Dr Mohd Rushdan Mohd Jailani, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) berkata, penganjuran kejohanan ini adalah sebagai tanda terima kasih dari pihak USIM bagi mengukuhkan lagi jalinan sedia ada dengan pihak Bank Islam.

“Kejohanan Bowling ini walaupun nampak santai namun saya mewakili USIM amat berterima kasih kepada Bank Islam kerana sudi mennganjurkan program sebegini. Program ini juga boleh dianggap sebagai salam perkenalan antara warga USIM dan Bank Islam untuk terus bekerjasama dalam program yang akan datang,” katanya.

Kejohanan ini menyaksikan sebanyak 23 pasukan bertanding bagi merangkul tiga tempat utama dan juara jatuhan pin paling banyak bagi kategori lelaki dan perempuan. Johan berkumpulan di menangi oleh Kumpulan Manis iaitu pengamal media Negeri Sembilan, manakala jatuhan mata pin paling banyak di menangi oleh Aiza Azrin Mohd Zain dari Jabatan……. kategori wanita, Mohammad Faiz Johari dari jabatan……. bagi kategori lelaki. Selain itu, Bank Islam juga turut menyediakan 6 tempat untuk cabutan bertuah.

Turut serta kejohanan ini Dr Mushaddad Hasbullah, Pengarah Pusat Wakaf dan Zakat, Puan Nor Azzah Momin Pemangku Ketua Pustakawan dan Dr Norhayati Ismail Pengarah Pusat Komunikasi Strategik USIM.

 

Disediakan oleh:
Noorumaina Mohamed Yunus
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan