About Wahidah

This author has not yet filled in any details.
So far Wahidah has created 1728 blog entries.

I-TALK PISKEB: BANTU GOLONGAN BERKEPERLUAN KHAS MASALAH PENGLIHATAN DALAM BIDANG PENDIDIKAN ISLAM

NILAI – Kesedaran untuk membantu pelajar kelainan upaya memberi inspirasi kepada pensyarah-pensyarah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM untuk menghasilkan bahan bantu mengajar yang diberi nama I-Talk PISKEB. Ia merupakan satu perisian bahan bantu mengajar (BBM) dalam bidang Pendidikan Islam yang dibangunkan khusus bagi kegunaan murid berkeperluan khas masalah penglihatan (MBK MaL). Projek pembangunan perisian [...]

By |2016-11-10T11:13:08+08:00Jun 13th, 2016|Berita, Berita Penyelidikan|

SAMBUTAN GEMA BAHASA ANGKAT MARTABAT BAHASA MELAYU

NILAI - Jabatan Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menganjurkan Gema Bahasa Kebangsaan 2016 Peringkat Universiti pada 11 Mei lalu sebagai sokongan kepada kesinambungan program Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Nasional yang dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Sambutan Gema Bahasa dijenamakan semula melalui penganjuran pelbagai aktiviti antaranya deklamasi puisi, dikir barat, pelancaran buku pantun,pertandingan pantomim [...]

By |2016-10-20T08:53:02+08:00Jun 13th, 2016|Berita, Berita Kampus|

MIG TERAPKAN PENDIDIKAN PERBANKAN ISLAM DALAM PERMAINAN

NILAI, - Muamalat Interactive Game (MIG) adalah permainan berkonsepkan board game yang dihasilkan oleh pensyarah dari Fakulti Ekonomi dan Muamalat ( FEM) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang diketuai oleh Syahidawaty Shahwan bersama ahli kumpulan lain Prof. Madya Dr Zurina Shafii, Dr. Norhazlina Ibrahim, Supiah Salleh, Kasumalinda Alwi, Safeza Mohd Sapian, dan Halizah Md Arif [...]

By |2016-11-10T11:14:51+08:00Jun 8th, 2016|Berita, Berita Penyelidikan|

DUTA JAUHAR USIM PERKENAL LADANG AIR-AQUAPONIK TINGKAT SOSIO-EKONOMI MASYARAKAT KAMPUNG

LEDANG, 2 Jun 2016  - Aquaponik, merupakan satu teknologi yang agak baru di Malaysia, namun teknologi ini sudah mendapat tempat di luar negara secara komersil. Hasil kesedaran yang tinggi dan meletakkan diri sebagai agen tranformasi masyarakat, seramai 15 orang mahasiswa USIM dari Persatuan Mahasiswa Anak Johor USIM (MAJU) di bawah program Duta Jauhar telah mencetuskan [...]

By |2016-09-01T08:37:41+08:00Jun 7th, 2016|Berita, Berita Kampus|

‘RAMADHAN TANPA ASAP’ USAHA USIM HENTIKAN AMALAN MEROKOK DAN VAPE

NILAI, 3 JUN 2016 – Menjelang kedatangan bulangan Ramadhan beberapa hari sahaja lagi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)  melalui Pusat Penyelidikan Dalam Penyalahgunaan Dadah Asia (ACREDA) dengan kerjasama Pusat Kesihatan Universiti dan Jabatan Keselamatan menggerakkan Program Nafas Baru : Kempen Berhenti Rokok dan Vape 2016. Program  ini yang merupakan kesinambungan dari Sambutan Hari Tanpa Tembakau [...]

By |2016-10-20T08:53:03+08:00Jun 6th, 2016|Berita, Berita Kampus|

SPIH 2016 TEKAD LAHIR PEMBIMBING HAJI YANG CEMERLANG

NILAI, 2 JUN 2016 – Melahirkan Pembimbing Ibadat Haji atau mutawif yang berpengetahuan tinggi adalah dituntut bagi memastikan perjalanan Ibadah Haji para Jemaah terjamin dan berjalan lancar. Bukan hanya menjalankan tanggungjawab semata-mata namun ia nmemerlukan keikhlasan dan kepakaran di mana mereka akan menjadi sumber rujukan sekiranya ada permasalahan atau kesukaran apabila berada di Tanah suci. [...]

By |2016-11-10T11:18:09+08:00Jun 3rd, 2016|Berita, Berita Penyelidikan|

DUTA JAUHAR 3.0 HADIRI BENGKEL SEMAIAN CENDAWAN

KLANG, 21 Mei 2016  – Seramai 10 orang Mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam program Duta Jauhar 3.0 yang diketuai oleh Muhammad Sollehin Md Satar di bawah seliaan Dr Fuadah Johari, telah menghadirkan diri ke bengkel penanaman dan penjagaan cendawan bersama Triple AAA Enterprise (TAE) bertempat di Klang, Selangor. Bengkel ini bertujuan untuk memberi [...]

By |2016-09-01T08:45:25+08:00Jun 2nd, 2016|Berita, Berita Kampus|

PUSAT TAMHIDI USIM TERIMA 909 PELAJAR BAHARU

NILAI, 30 MEI 2016 – Pusat Tamhidi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima seramai 909 pelajar baharu pra-universiti, Tamhidi atau Matrikulasi/ Asasi bagi sesi akademik 2016/2017 yang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor USIM semalam. USIM menerima sebanyak 31,453 permohonan menunjukkan peningkatan berbanding tahun lalu. Daripada jumlah tersebut sebanyak 1,172 permohonan memilih USIM sebagai pilihan pertama [...]

By |2016-09-08T09:40:27+08:00Mei 31st, 2016|Berita, Berita Kampus|

HATAS 2016 BERI PELUANG PESERTA FAHAMI ISU HALAL

NILAI, 28 MEI 2016 – Institut Penyelidikan dan Pengurusan Halal (IHRAM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sekali lagi menganjurkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) melalui program kesedaran berkaitan isu halal iaitu Halalan Toyyiban Awareness Seminar (HATAS) bertempat di Dewan Kuliah Pusat (DKP) 1, USIM. HATAS 2016 tahun ini diperluaskan sasaran peserta kepada pelajar universiti, pengendali [...]

By |2016-11-10T11:20:44+08:00Mei 31st, 2016|Berita, Berita Penyelidikan|

I-FESSEM’16 TERAP ASPEK NAQLI DAN AQLI DALAM BERKARYA

NILAI, 28 MEI 2016 – Pusat Kebudayaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sekali lagi berjaya menganjurkan Festival Seni USIM 2016 (i-Fessem’16) buat kali ketiga bertempat di Pentas Seni Pusat Kebudayaan, USIM. Bertemakan Mengangkasa Seni Berbudaya, Pusat Kebudayaan dan Urus Setia Kesenian Pelajar mengetengahkan konsep dan persembahan yang mempunyai unsur-unsur Islam tanpa mengetepikan  pendedahan intelektual kepada [...]

By |2016-09-08T09:39:10+08:00Mei 31st, 2016|Berita, Berita Kampus|
Go to Top