USIM KONGSI PENGALAMAN PENUBUHAN UNIVERSITI DI SELATAN THAILAND
NILAI, 6 Mac – Pencapaian Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam pelbagai bidang terutamanya akademik dan pentadbirannya menarik minat kumpulan delegasi daripada Education Heritage Foundation dan Yayasan Darul Naeem, Songkhla Thailand untuk berkongsi pengalaman mengenai perjalanan penubuhan, pembangunan dan kejayaan yang ditempa Universiti ini. Kunjungan hormat para delegasi seramai 15 orang yang diketuai YBhg. Haji [...]