NILAI- Pengajaran dan pembelajaran menuju pendidikan abad ke-21 adalah penekanan utama dalam dasar pendidikan negara masa kini. Setiap institusi sekolah dan pengajian tinggi perlu bergerak seiring dan menyahut cabaran dalam memperkasa pengajaran dan pembelajaran menggunakan e-learning.

Di Kolej PERMATA Insan (KPI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), satu kumpulan penyelidikan telah dibentuk bagi mengetuai cabaran pendidikan alaf ke-21 ini. kumpulan penyelidikan yang diketuai oleh Dr. Abdel Rahman Sulaiman Isleh, Mohd Firdaus Amran, Zulkarnin Zakaria dan Nor Adlyizan Theis ini telah memperkenalkan produk Arabic Made Simple yang telah menggunakan perisian MOOC.

Kumpulan ini telah berjaya mengharumkan nama KPI dan USIM dalam pelbagai pertandingan inovasi anjuran IPT seluruh Malaysia apabila berjaya merangkul Pingat Emas dalam International University Carnival on e-Learning (IUCEL) 2018 dalam kategori T-NOVATE dan dianugerahkan Secondary School e-Learning Award dalam kategori IIDEL yang berlangsung pada 12 hingga 13 September 2018.

”Satu kejayaan membanggakan dan menjadi contoh terbaik dalam penggunaan e-learning di peringkat sekolah dan IPT dan kami mengambil masa 9 bulan bagi menghasilkan aplikasi ini, dimana ia siap dan digunakan pada bulan Julai 2017. Namun, ia masih dalam tempoh percubaan dan akan ditambahbaik dari semasa ke semasa”.

”Aplikasi ini telah digunakan oleh pelajar KPI dalam sesi pembelajaran mereka sepanjang di KPI. Aplikasi ini sangat menarik dengan memuatkan animasi dan kaedah mudah belajar bahasa Arab dalam kalangan pelajar”, tambah Dr Adbel Rahman.

Adalah diharapkan inovasi ini dapat diteruskan lagi bukan sahaja untuk subjek bahasa Arab tetapi untuk subjek-subjek lain juga agar sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas dapat dipelbagaikan.

Aplikasi ini turut pernah memenangi pingat Emas pada Pertandingan e-Learning carnival & Conference 2018 anjuran UTEM.

Ketua Penyelidik:
Dr. Abdel Rahman Sulaiman Isleh

Ahli Kumpulan:
Mohd Firdaus Amran
Zulkarnin Zakaria
Nor Adlyizan Theis