Karnival anjuran Pusat Tamhidi USIM beri peluang pelajar sekolah gilap bakat

NILAI, 28 Julai 2018 – Program Karnival Sekolah/Kluster Angkat (KASKA) 2017 anjuran Pusat Tamhidi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tahun ini dilaksana dengan melibatkan Science, Technology, Reading/Religion, Arts and Mathematics (STREAM) selain program Arabic Camp and Community Engagement 5.0 2018 (ACCENT 5.0 2018), Tamhidi Educational Seminar (TES) dan pertandingan Tunas Cipta kepada pelajar sekolah rendah.

Pengarah Pusat Tamhidi, Prof. Madya Dr Asmaddy Haris berkata program seperti ini memberi peluang kepada peserta mengenali dan merasai dengan lebih dekat persekitaran di universiti pada masa yang sama menyuntik semangat pelajar menjadikan USIM pilihan utama mereka setelah tamat pengajian di sekolah menengah satu hari nanti.

Prof. Dr. Abdul Rahim Abdul Rahman, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dalam ucapannya berkata karnival ini mampu memasyarakatkan semua sekolah angkat dan sekolah kluster di samping memperkenalkan kepada mereka kursus-kursus yang ditawarkan USIM dan Pusat Tamhidi sendiri.

“Diharapkan agar lebih banyak lagi sekolah yang berminat untuk menyertai Program Karnival Tamhidi pada penganjurannya akan datang,” ucapnya.

Antara program yang diadakan adalah ACCENT 5.0 bagi memperkasakan bahasa Arab di kalangan pelajar yang mempunyai asas bahasa Arab manakala TES sebagai platform guru-guru sekolah membentangkan ‘action research’ bersempena Kajian Tindakan Sekolah Kluster/Kecemerlangan-Universiti Awam. Selain itu, Pertandingan Tunas Cipta diadakan bagi mencungkil bakat-bakat muda yang kreatif dan inovatif, sekali gus sekaligus membudayakan inovasi dalam kalangan remaja Malaysia.

Aktiviti lain adalah Bengkel Perkusi 2018, Program Transformasi Kepimpinan Islam, Program Jom Berbahasa Arab, Kelas Robotik, Bengkel Taranum, Bengkel Tahsin Al Quran, Pameran Badan Beruniform, Hit The Bull Eyes (Bengkel Asas Memanah), Program Kenali Diri, Mini Seminar Tamhidi dan Warsyah Dinamika Kaunseling (WDK ’18).

 

Disediakan oleh:
Mohd Badrul Hisham Zakaria
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan

2018-08-01T16:09:24+00:00