NIALI, 12 November 2021 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus memperkasakan bidang penyelidikan yang dipelopori oleh ahli akademiknya apabila menerima peruntukan terkini penyelidikan di bawah Skim Geran Penyelidikan Fundamental Fasa 1/2021 bernilai RM2,948,644.00 melibatkan 29 projek penyelidikan USIM yang mencakupi tujuh bidang iaitu Sains Sosial (RM877,130), Sains Tulen dan Gunaan (RM590,310), Sains Kesihatan dan Klinikal (RM530,290), Sastera dan Sastera Ikhtisas (RM522,127), Teknologi dan Kejuruteraan (RM160,087), Warisan Alam dan Budaya (RM125,000) serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi (RM65,700).

Mendahului senarai penerima dana penyelidikan tertinggi adalah Penyelidik dari Fakulti Pergigian dengan penyelidikan bertajuk Mechanism Studies and Biological Activities of Alpinia Conchigera And 1?S-1?-Acetoxychavicol Acetate Against Clinical Oral Opportunistic Pathogens yang diketuai pensyarahnya, Prof. Madya Dr. Normaliza Ab Malik dengan nilai geran sebanyak RM198,710.

Diikuti Dr. Muhammad Syafiq Alauddin, juga dari Fakulti yang sama dengan tajuk penyelidikan “Elucidating the Properties of High-Performance Polymers Reinforced on Three-Dimensional Printed Removable Denture Baseberjumlah RM198,600.

Manakala penyelidikan yang diketuai oleh Dr. Siti Aisyah Abd Ghafar Unraveling Mechanism of Anti-Tumor and Sub-Acute Toxicity Activity of Silver Nanoparticles Incorporate With Flavonoid-Rich-Strobilanthes Crispus Leaves Against Breast Tumor Model In Vivo menerima peruntukan penyelidikan sebanyak RM193,000.

Menurut Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI), dengan kelulusan peruntukan geran FRGS Fasa 1/2021 tersebut menjadikan jumlah keseluruhan penganugerahan geran USIM yang diperolehi sehingga Oktober 2021 adalah berjumlah RM4,657,516 melibatkan pelbagai kategori geran sebagaimana dalam Jadual 1 di bawah.

Jadual 1: Penganugerahan Geran Mengikut Kategori Geran

Manakala bagi keseluruhan pencapaian geran penyelidikan mengikut Fakulti/Pusat, Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) mencatatkan perolehan geran tertinggi dengan penganugerahan geran penyelidikan berjumlah RM1,178,680. Diikuti oleh Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) dengan geran berjumlah RM848,690 dan Fakulti Pergigian (FPg) dengan perolehan geran berjumlah RM713,625.

Diharapkan dengan perolehan geran-geran penyelidikan tersebut USIM dapat menghasilkan kajian-kajian dan penyelidikan yang berimpak tinggi bagi mencapai misi melahirkan ilmuwan, pemimpin dan profesional yang kompeten berasaskan tradisi keilmuan Islam, nilai – nilai luhur agama dan budaya demi kesejahteraan sejagat.

 

Disediakan oleh:
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan