NILAI, 23 SEPT 2016 – Sambutan Bulan Kebangsaan melabuhkan tirainya dengan  perarakan oleh kontinjen staf dan pelajar bermula  check point dari Pusat Sukan Kompleks Sukan Tunku Najihah ke Dewan Tuanku Canselor USIM.

Naib Canselor USIM Prof Dato Dr Musa Ahmad dalam ucapannya mengingatkan kita tentang sejarah dan asal usul para pemimpin awal yang memperjuangkan tenaga, fikiran dan masa demi mencapai kebebasan dan kemakmuran Negara yang dikecapi kita pada hari ini.

“Apatah lagi kemerdekaan dicapai berkat perjuangan yang suci tanpa mengharapkan imbuhan dan balasan, berkat semangat yang menusuk jiwa yakni “semangat kebangsaan”. Dengan semangat kebangsaan yang menjunjung tinggi maruah dan kehormatan negeri, negara dan bangsa itu sendiri, maka amatlah bertepatan apabila kerajaan menjenamakan semula sambutan hari ulang tahun kemerdekaan ini sebagai Sambutan Hari Kebangsaan dan bertemakan #sehatisejiwa sebagai tanda pengiktirafan kepada semangat yang telah memerdekakan tanah air ini dan sebagai tanda peringatan kepada generasi kini tentang asal usul diri sendiri”..

Dalam majlis itu turut diadakan beberapa Lakonan dari pelajar USIM tentang makna merdeka dan bebas dari jajahan komunis, serta penyampaian hadiah kepada kontinjen terbaik dan 10 pemenang hastag Wefie Merdeka. Johan Kontinjen Terbaik dimenangi oleh Koleh Permata Insan, Tempat Kedua oleh Jabatan Pendaftar dan Tempat Ketiga oleh Jabatan Bnedahari. Masing-masing menerima hadiah wang tunai RM1000, RM600 dan RM400.

Disediakan oleh:

Noorumaina Mohamed Yunus

Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)

Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

71800 Nilai, Negeri Sembilan

Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204