NILAI, 28 Februari 2019 – Pada 14 hingga 21 Februari 2019, telah berlangsung ASEAN Islamic Science Camp 2019 bertempat di Kolej PERMATA Insan (KPI). Program yang menjadi acara tahunan Kolej PERMATA Insan ini pada tahun 2019 lebih meriah dengan penyertaan sekolah dari Indonesia.

Jika pada tahun sebelumnya, program ini hanya melibatkan pelajar dari Islamic Studies Demonstration School (ISDS), Prince of Songkla University, Thailand sahaja namun pada tahun ini Persantren Terpadu Serambi Mekkah (PTSM) dari Sumatera Barat Indonesia turut sama memeriahkan program ini. Pelbagai program diatur bersama bagi mengeratkan lagi jalinan ukhwah di antara 3 buah sekolah ini.

Antara program yang telah dirancang adalah, perlawanan persahabatan bola sepak dan bola jaring, pertandingan memasak makanan tradisional, Halal Action for Young Scientist Programme, Lawatan Petrosains, Malam Silang Budaya dan rentas kampus. Aktiviti ini dilakukan bersama dengan pelajar-pelajar disamping mereka dapat bertukar idea dan buah fikiran berdasarkan pengalaman di sekolah masing-masing.

Menurut Muhammad Zaim Shukri (15), pelajar Asas 3 Kolej PERMATA Insan, “saya sangat teruja dengan kehadiran rakan-rakan dari negara Thailand dan Indonesia, mereka mempunya orientasi pendidikan yang hamper sama dengan kami di KPI. Sepanjang minggu ini mereka mengikuti penuh aktiviti kami di KPI, bangun pagi untuk kelas hafazan, riadah dan sebagainya. Banyak yang kami kongsikan.”

Bagi Faiz Nuanmee (16) pelajar dari ISDS, PSU, “Kali pertama saya ke Kolej PERMATA Insan saya sangat seronok melihat persekitaran yang sangat selesa. Program-program kami di sini juga sangat menarik. Saya dan kawan-kawan paling suka dengan penyelidikan halal, KPI beruntung mempunyai makmal halal yang lengkap dan kondusif.”

ASEAN Islamic Science Camp 2019 telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr Musa Ahmad, Naib Canselor USIM bersempena dengan program malam silang budaya. Program silang budaya yang diserikan dengan persembahan pelajar-pelajar dari tiga negara ini sangat mengujakan dan menarik. Antara persembahan yang dipersembahkan pada malam tersebut.

Disediakan oleh:
Nor Adlyizan Theis
Kolej PERMATA Insan
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan
Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204