Dua tokoh terima Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dan Ijazah Kehormat Sarjana

NILAI, 26 November 2019 – Bersempena Majlis Istiadat Pembukaan pada 26 November 2019, DYMM Tuanku Canselor berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Da’wah dan Pengurusan Islam kepada Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak dan Ijazah Kehormat Sarjana Da’wah dan Pengurusan Islam kepada Tuan Haji Addenan Haji Abd. Rahman. Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ [...]

2,629 graduan terima skrol di Majlis Konvokesyen USIM kali ke-17

NILAI, 26 November 2019 - Seramai 2,629 graduan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima Ijazah Sarjana Muda, Diploma Siswazah, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah masing-masing sempena Majlis Konvokesyen USIM kali ke-17 yang berlangsung tiga hari bermula 26 November hingga 28 November 2019 bertempat di Dewan Tuanku Canselor USIM. Pada tahun ini, sebanyak lima (5) sidang [...]

USIM agih RM2 juta zakat kepada lebih 2 ribu pelajar dan staf

26 November, Nilai – Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) melalui Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan (PBNS) sebagai ejen zakat telah berjaya mengagihkan sejumlah RM2,013,915.00 kepada 2046 pelajar dan 52 staf asnaf di bawah kategori fakir dan miskin dan sebanyak RM262,900.00 diagihkan kepada [...]

By |2019-12-16T11:04:33+08:00November 26th, 2019|Berita, Berita Kampus, Berita Kampus (Utama)|

Nocturnal Run hangatkan pembukaan rasmi Pesta Konvokesyen USIM 2019

NILAI, 24 November 2019  – Program larian yang menjadi tradisi dalam Pesta Konvokesyen (CFEST), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) iaitu Nocturnal Run ibarat sudah mempunyai pengikut tersendiri saban tahun. Memasuki edisi keempat larian ini diadakan, Nocturnal Run 4.0 berjaya menarik lebih 1,500 penyertaan untuk berlari sekitar kampus USIM pada Sabtu malam, 23 November 2019. Pelepasan [...]

By |2019-11-24T18:00:31+08:00November 24th, 2019|Berita, Berita Kampus, Berita Kampus (Utama), Berita Utama|

Abdul Salam Ahmad dinobat Pelatih Terbaik Pegawai Bomba Bantuan Siswa (PBBS)

NILAI, 17 November 2019- Anugerah pelatih terbaik keseluruhan bagi Universiti Sains Islam Malaysia dianugerahkan kepada Pegawai Bantuan Siswa Abdul Salam Ahmad bersempena Majlis Pentauliahan Pegawai Bomba Bantuan Siswa Universiti Awam 2019 di USIM. Kesungguhan serta komitmen yang ditunjukkan oleh Abdul Salam sepanjang sesi latihan bersama Bomba dan Penyelamat Nilai membuktikan bahawa beliau menepati kriteria yang [...]

By |2019-11-24T18:43:46+08:00November 17th, 2019|Berita, Berita Kampus, Berita Kampus (Utama), Berita Utama|

168 Pegawai Bomba Bantuan Siswa USIM, UTHM dan UITM ditauliah serentak

NILAI, 17 NOVEMBER (Ahad) – Seramai 168 orang Pegawai Bomba Bantuan Siswa (PBBS) yang terdiri daripada mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ditauliah serentak dalam Majlis Pentauliahan Pegawai Bomba Bantuan Siswa Universiti Awam 2019 yang berlangsung di Perkarangan Kompleks Sukan Tuanku Najihah. Majlis Pentauliahan [...]

Luaskan ilmu dengan pelajari kebudayaan Arab

NILAI, 16 November - Diploma Pascasiswazah Pendidikan (Pendidikan Islam) (DPPPI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menganjurkan Program “Ayuh Terokai Kebudayaan Arab” yang disertai oleh pelajar sekolah antarabangsa dan tempatan bertujuan memperkenalkan budaya dan adat resam bangsa Arab kepada para peserta seterusnya menambahkan kecintaan mereka terhadap Bahasa Arab. Penyelaras Unit Bahasa Arab USIM Pn Sulhah Ramli [...]

100 Pelajar FPSK terima wakaf Lab Coat dan tafsir Al-Quran dari Pusat Wakaf dan Zakat

PANDAN INDAH, 15 Nov 2019 – Seramai 100 orang pelajar Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima sumbangan wakaf lab coat dan tafsir al-Quran dalam usaha membantu proses pembelajaran pelajar pada 14 November lalu bertempat di Kampus Pandan Indah. ”USIM melalui Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) mengambil inisiatif menerajui projek [...]

Kerjasama Serantau Bijak Hadapi Revolusi Industri 4.0

BRUNEI, 8 November 2019 – Era Revolusi Industri 4.0 yang memberi cabaran kepada dunia akademik secara tidak langsung telah memberi impak kepada lima Universiti Islam serantau iaitu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Universitas Darussalam Gontor (UNIDA), Mindanao State University (MSU) dan Fatony Universiti (FTU) untuk menandatangani satu Piagam Konsortium [...]

By |2019-11-11T10:39:58+08:00November 11th, 2019|Berita, Berita Kampus, Berita Kampus (Utama), Berita Utama|

USIM meterai MoU inisiatif penuhi agenda pembangunan lestari 2030

NILAI, 04 November 2019 – Dalam usaha mencapai matlamat pembangunan lestari pada 2030, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah merangka strategi awal untuk mengenal pasti isu kritikal dalam mencapai agenda pembangunan mapan dengan memetrai Majlis Menandatangani Persefahaman (MoU) untuk melihat keseimbangan matlamat pembangunan lestari dan keperluan rakyat menerusi penyelidikan berasaskan komuniti (Community-based Research) dengan kerjasama [...]

By |2019-11-10T14:01:09+08:00November 10th, 2019|Berita, Berita Kampus, Berita Kampus (Utama), Berita Utama|
Go to Top