Kemeriahan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri USIM 1440H

NILAI, 21 Jun 2019 - Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1440H peringkat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tahun ini menerima kunjungan tetamu seramai kira-kira 3,000 orang yang dianjurkan bertempat di Dataran Canselori. Majlis diserikan dengan kehadiran DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan DYMM Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan, [...]

Solat Hajat dan Doa Selamat sempena Ulang Tahun ke-19 USIM

NILAI, 18 Jun 2019 - Bersempena sambutan ulangtahun ke-19 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang disambut pada tarikh 18 Jun, satu majlis ringkas solat hajat dan bacaan doa selamat telah diadakan di Kompleks Islam Tuanku Muhriz yang dipimpin oleh Ustaz Mohammad Aizuddin Abdul Aziz Pengarah Pusat Islam. Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti yang telah bersidang pada [...]

Pusat Kebudayaan USIM lancar Tabung Barakah

NILAI, 14 Jun 2019 - Amalan sedekah sememangnya dituntut oleh Islam. Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda “Jika seseorang manusia (Islam) meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara, iaitu sedekah yang berterusan, ilmu pengetahuan yang dapat memberi faedah (kepada dirinya atau kepada orang lain) dan anak yang soleh/solehah yang beramal baik [...]

USIM bersama komuniti, tarik minat ceburi bidang Usahawan Kek dan Pastri

NILAI, 14 Jun 2019- Seramai 30 peserta menyertai program Social Enterprise@ Urban Community 2.0 (SE@UC 2.0) yang berlangsung di Pusat Keusahawanan Universiti (PKUU) Universiti  Sains Islam  Malaysia (USIM) baru-baru ini. Para peserta didedahkan kepada dua siri bengkel pembangunan  kemahiran pembuatan kek  dan pastri  oleh  Kolej  Komuniti Hulu Langat.  Antara kek dan pastri yang mereka pelajari [...]

Kedai Mesra Petronas sumbang Infaq Ramadan kepada pelajar USIM

NILAI, 29 Mei 2019- Bersempena Program Santunan Ramadan dengan penganjuran pengisian petrol percuma dan edaran iftar kepada motosikal dibawah 150cc hasil kerjasama Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) USIM dengan Petronas Bandar Baru Nilai, program turut meraikan pemberian infaq Ramadan dari Kedai Mesra Petronas sumbang 20 kotak berisi barangan makanan untuk diberikan kepada para pelajar USIM [...]

MCG dan USIM jalankan aktiviti kesukarelawanan kepada warga jalanan

KUALA LUMPUR, 25 Mei 2019 - Program Kasih Ramadan anjuran bersama Muslim Care Global (MCG) dengan Pusat Pengajian Al Zikri, Pusat Kesihatan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Persatuan Mahasiswa Darul Quran meneruskan program bulanan bersama warga jalanan di Jalan Tar iaitu Program Pemeriksaan Kesihatan Berkala Warga Jalanan. Istimewanya program pemeriksaan kesihatan ini ialah warga [...]

Bawa tema keluarga, ‘Surprise’ Raya USIM raih lebih 150,000 tontonan

NILAI, 28 Mei 2019 - Selain gubahan lagu Hari Raya versi baharu yang dinanti setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri, iklan Hari Raya yang diterbitkan oleh syarikat korporat seperti Petronas, Tenaga Nasional Berhad dan Telekom Malaysia yang memaparkan pelbagai mesej melalui jalan cerita lucu, sedih dan pengajaran turut menjadi perhatian dan mempunyai peminat tersendiri sejak [...]

Program bubur lambuk perdana di Bulan Ramadan eratkan ukhwah

NILAI, 22 Mei 2019 - Sebanyak 3,000 bekas bubur lambuk bersempena Program Gotong-royong Bubur Lambuk Perdana anjuran Pusat Sukan dengan kerjasama Pusat Islam, Pusat Kesihatan, Koperasi, Pragmatis yang juga disertai oleh pelajar badan beruniform dari Unit Kor Siswa Bomba dan Palapes USIM. Pengarah Pusat Sukan USIM, Encik Hamran Husin berkata, program bubur lambuk ini diadakan [...]

USIM Menandatangani MoU bersama dua NGO dan melancarkan Aplikasi i-Sign Ibadah

NILAI, 23 Mei 2019- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memainkan peranan sebagai sebuah IPTA yang menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat melalui kumpulan penyelidikannya iaitu Unit Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) di bawah Institut Sains Islam (ISI) USIM yang berkerjasama dengan dua buah Badan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Nilai (PPDK Nilai) dan [...]

Enactus USIM kongsi ilmu melalui ’Kempen Mengkompos Sisa Makanan Anda’

LABU, 4 Mei 2019 - Kumpulan Enactus USIM berjaya laksanakan satu program beramah mesra bersama penduduk Kampung Labur Hilir, Labu, Negeri Sembilan dengan menganjurkan program “Kempen Mengkompos Sisa Makanan Anda”. Program ini diadakan di Balai Raya Kampung Bandar Hilir dan dirasmikan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad selaku ADUN kawasan Labu dan Exco Negeri [...]

Go to Top