Aplikasi I-Sign Ibadah, Memenuhi Kelompangan Istilah Isyarat Ibadah

NILAI- Kekurangan isyarat bagi istilah-istilah berkaitan Ibadah dalam Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) antara faktor yang mengekang golongan berkeperluan khas pendengaran atau juga dikenali sebagai OKU Pekak untuk memahami dan mempraktikkan konsep indahnya hidup beragama. Bagi memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah ini, kumpulan penyelidik dari Unit Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang [...]

By |2019-09-11T16:29:32+08:00September 11th, 2019|Al-buhuth wal ibda’, Berita Penyelidikan|

EzHifz: Aplikasi Mudahkan Teknik Hafalan Quran

Pembelajaran yang melibatkan kemahiran menghafal Al-Quran adalah satu cabaran besar yang memberi penekanan kepada disiplin diri, daya ingatan dan teknik mengingat yang sistematik. Lazimnya, kebanyakan institusi tahfiz cenderung untuk mengamalkan teknik tipikal bagi menghafal Al-Quran, iaitu melalui teknik pengulangan pada ayat Al-Quran menggunakan mushaf Quran. Kumpulan penyelidik diketuai oleh Ts. Dr Zulkifly Mohd Zaki dari [...]

ViTAB Bantu OKU Penglihatan Belajar Solat

NILAI, 18 Julai 2019- Bagi individu yang tidak mampu melihat, pastinya terdapat kekangan untuk mempelajari solat. Oleh itu satu kajian telah dibuat bagi membangunkan bahan bantu mengajar yang direka khas untuk mengatasi masalah pembelajaran solat bagi orang kurang upaya (OKU) penglihatan. Pensyarah dari Fakulti Pengajian Quran Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Encik Mohd Nur [...]

‘eZCyberCrime’ tangani jenayah siber tanpa ganggu fungsi telefon pintar

Sejajar hasrat memenuhi kehendak Revolusi Industri 4.0, eZCyberCrime telah menyediakan satu penyelesaian tepat dan pantas yang boleh mengenalpasti serta mencegah serangan siber hanya melalui telefon pintar. Menurut ketua kumpulan penyelidik, Prof. Madya Ts Dr. Madihah Mohd Saudi, Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), eZCyberCrime berpotensi mengesan eksploitasi sumber (root exploitation) [...]

Enam penyertaan USIM di ITEX 2019 raih 3 emas dan 3 perak

Kuala Lumpur, 5 Mei 2019 – Pasukan penyelidik Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tidak pulang tangan kosong apabila keenam-enam penyertaan yang dipertandingkan berjaya menggondol 3 emas dan 3 perak di International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX) 2019 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre pada 2 hingga 4 Mei. Tiga produk mendapat emas adalah Gamifikasi [...]

Inovasi Integrasi ilmu Naqli Aqli USIM dipersada Antarabangsa

NILAI- Selari dengan misi universiti yang bertekad menjadi sebuah institusi ilmu terkehadapan berteraskan pengajian Islam dan menjadi peneraju ilmu baharu dengan menggunakan teknologi terkini, USIM hari ini terus mara ke hadapan. Kurikulum berteraskan paduan ilmu Naqli dan Aqli  yang diterjemahkan dalam bentuk teknologi moden ini semakin mendapat pengiktirafan peringkat nasional dan antarabangsa. Bermula dengan pendaftaran [...]

By |2018-11-09T11:08:03+08:00November 9th, 2018|Al-buhuth wal ibda’|

Aplikasi MOOC “Arabic Made Simple” rangkul Emas di IUCEL 2018

NILAI- Pengajaran dan pembelajaran menuju pendidikan abad ke-21 adalah penekanan utama dalam dasar pendidikan negara masa kini. Setiap institusi sekolah dan pengajian tinggi perlu bergerak seiring dan menyahut cabaran dalam memperkasa pengajaran dan pembelajaran menggunakan e-learning. Di Kolej PERMATA Insan (KPI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), satu kumpulan penyelidikan telah dibentuk bagi mengetuai cabaran pendidikan [...]

By |2018-10-25T12:07:52+08:00Oktober 2nd, 2018|Al-buhuth wal ibda’, Berita|

i-Majrurat bantu pelajar kuasai Bahasa Arab

NILAI - Penguasaan bahasa Arab merupakan asas pemahaman dan penghayatan al-Quran, juga dengan menguasai bahasa Arab dapat meningkatkan pencapaian dalam pendidikan agama islam khususnya dalam Tilawah al-quran. “i-Majrurat” merupakan laman sesawang bagi memudahkan pembelajaran tatabahasa Arab kepada orang ramai khususnya kepada pelajar yang mengambil jurusan bahasa Arab. Ini juga mendorong mereka lebih mendekati dan mencintai [...]

By |2018-08-30T12:40:39+08:00Ogos 30th, 2018|Al-buhuth wal ibda’|

Elev8thor alat bantuan untuk pesakit cedera kaki

NILAI- Mengambil kira kesukaran yang dihadapi oleh petugas jururawat dalam mengendalikan pesakit yang cedera akibat patah kaki, Pensyarah Kanan Fakulti Perubatan dan Kesihatan (FPSK) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Mohd Asha’ari Bain mendapat idea bagi menghasilkan alat sokongan yang diberi nama Elev8thor iaitu satu reka bentuk bercirikan modular untuk mengangkat kaki pesakit yang mengalami [...]

By |2018-07-25T09:42:02+08:00Julai 24th, 2018|Al-buhuth wal ibda’|

Lab in a box tarik minat pelajar, mudah eskplorasi sains

NILAI – Pasukan STREAM (Sains, Teknologi, Keagamaan, Kejuruteraan, Kesenian dan Matematik) Fakulti Sains dan Teknologi (FST) USIM mengambil inisiatif menghasilkan produk Lab in a box yang mudah dibawa, untuk menarik minat para pelajar dalam melakukan eksplorasi sains di rumah mahupun sekolah. Lab in box ini mengandungi dua kit/modul asas iaitu Slime making kit dan DIY [...]

By |2018-06-28T11:43:30+08:00Jun 21st, 2018|Al-buhuth wal ibda’|
Go to Top