USIM dan International Scientific-Research Center Of Imam Maturidi, Uzbekistan Meterai Perjanjian Kukuh Jaringan Akademik

NILAI, 11 November 2021 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tingkatkan peluang penyelidikan dan penerbitan melalui kerjasama dua hala bersama International Scientific-Research Center of Imam Maturidi, Uzbekistan apabila memeterai Memorandum Perjanjian (MoU) dalam mencapai misi untuk melahirkan ilmuwan, pemimpin dan profesional yang kompeten berasaskan tradisi keilmuan Islam, nilai – nilai luhur agama dan budaya demi [...]

By |2021-11-16T02:45:05+08:00November 11th, 2021|Berita, Berita Kampus, Berita Kampus (Utama), Berita Utama|

Pesta Konvokesyen 2021 USIM Membuka Tirai, Dirai Secara Dalam Talian

NILAI, 6 November 2021 – Pesta Konvokesyen merupakan acara wajib yang dinanti-nantikan apabila menjelang Majlis Konvokesyen. Tidak terkecuali bagi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang bakal melangsungkan Majlis Konvokesyen Kali ke-19 pada 23 November ini. Seiring dengan tema ‘Pandemik Covid-19 Pemangkin Prosumer Muslim Yang Berdisiplin’, program diterajui di bawah Majlis Perwakilan Pelajar ini buat kali [...]

By |2021-11-11T09:21:42+08:00November 10th, 2021|Berita, Berita Kampus, Berita Kampus (Utama), Berita Utama|

Persidangan Antarabangsa Bahasa dan Pendidikan (iLEC 2021), angkat tema Bahasa dan Pendidikan: Norma Baharu

NILAI, 3 November 2021 - Memberi peluang kepada para sarjana membina jaringan ilmu merentasi pelbagai disiplin khususnya bahasa dan pendidikan dengan membawa tema “Bahasa dan Pendidikan: Norma Baharu”, Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), telah mengadakan International Language and Education Conference (iLEC2021) baru-baru ini secara dalam talian melalui aplikasi Zoom Meeting. [...]

Majlis Sanjungan Budi Rai Staf Setia USIM

NILAI, 29 Oktober 2021 - Sebagai menzahirkan simbolik penghargaan kepada staf di atas jasa bakti dan kesetiaan berkhidmat di USIM, satu majlis ringkas yang di urus setia oleh Jabatan Pendaftar telah diadakan bertempat di Dewan Tuanku Canselor. Majlis Sanjungan Budi ini telah menyaksikan seramai 151 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Setia, 17 orang pesara dan tujuh [...]

USIM muncul Johan Pertandingan Debat Antirasuah IPT Piala Ketua Pesuruhjaya Sprm 2021

NILAI, 27 Oktober 2021 - Pasukan Debat Bahasa Melayu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengharumkan nama universiti apabila dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Debat Antirasuah IPT Piala Ketua Pesuruhjaya SPRM 2021 yang berlangsung hari ini. Pendebat USIM yang bertindak sebagai Pembangkang telah berjaya menewaskan pasukan dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) selaku Kerajaan dengan usul “ [...]

USIM, STIBA Makassar jalin kerjasama meterai MoU

NILAI, 21 Oktober 2021 - Sebagai usaha ke arah merealisasikan Misi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 2022 menjadi sebuah Universiti Sains Islam Glokal Berimpak Tinggi pada tahun 2022, USIM kini berusaha menggerakkan dan mengaktifkan kerjasama dengan banyak pihak antarabangsa, terutama untuk tujuan latihan, penyelidikan, dan perkongsian kepakaran. Dalam satu majlis yang diadakan secara dalam talian, [...]

Islamic Social Finance (ISF) 360 Series, bincang isu kewangan sosial Islam

NILAI, 18 Oktober 2021 - Mengambil inisiatif dan menzahirkan kepekaan serius dalam isu mendepani Covid-19 pada era teknologi di peringkat global, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memulakan langkah merealisasikan Islamic Social Finance 360 Webinar Series Siri 1 dengan tema Syarahan Ilmuan Mendepani Covid-19 yang berlangsung secara dalam talian melalui platform Zoom. Program ini merupakan kerjasama [...]

800 pelajar mendaftar secara fizikal ke Kolej Kediaman bagi fasa pertama

NILAI, 15 Oktober 2021 - Seramai lebih kurang 800 pelajar baharu sesi akademik 2021/2022 dan juga pelajar semasa (berkeperluan khas) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mendaftar masuk secara fizikal ke Kolej Kediaman USIM secara berperingkat bermula hari ini. Kemasukan fasa pertama ini dilaksanakan dengan mematuhi prosedur opersi standard (SOP) yang telah ditetapkan dimana ujian [...]

Dua pelajar USIM rangkul Johan Tilawah dan Hafazan Peringkat Negeri

NILAI, 13 Oktober 2021 - Dua pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) rangkul Johan Kategori Tilawah dan Johan Kategori Hafazan (1-30 juzuk) di Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Tahun 1443H/2021M baru-baru ini. Mereka adalah Muhammad ‘Ammar Muhklis Abdul Mohsin, 23, dan Athirah Salihah Al Azmi,23,  masing-masing dari Fakulti Pengajian Quran dan [...]

2,774 Pelajar baharu Sarjana Muda USIM sesi akademik 2021/2022 jalani taaruf secara dalam talian

NILAI, 11 Oktober 2021 - Seramai 2,774 orang pelajar baharu program Sarjana Muda Sesi Akademik 2021/2022 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) selesai menjalani sesi Taaruf secara dalam talian yang bermula pada 7 hingga 10 Oktober 2021 menerusi platform Sistem Global Open Access Learning System (GOALS) USIM. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor [...]

Go to Top