Bawa tema keluarga, ‘Surprise’ Raya USIM raih lebih 150,000 tontonan

NILAI, 28 Mei 2019 - Selain gubahan lagu Hari Raya versi baharu yang dinanti setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri, iklan Hari Raya yang diterbitkan oleh syarikat korporat seperti Petronas, Tenaga Nasional Berhad dan Telekom Malaysia yang memaparkan pelbagai mesej melalui jalan cerita lucu, sedih dan pengajaran turut menjadi perhatian dan mempunyai peminat tersendiri sejak [...]

Program bubur lambuk perdana di Bulan Ramadan eratkan ukhwah

NILAI, 22 Mei 2019 - Sebanyak 3,000 bekas bubur lambuk bersempena Program Gotong-royong Bubur Lambuk Perdana anjuran Pusat Sukan dengan kerjasama Pusat Islam, Pusat Kesihatan, Koperasi, Pragmatis yang juga disertai oleh pelajar badan beruniform dari Unit Kor Siswa Bomba dan Palapes USIM. Pengarah Pusat Sukan USIM, Encik Hamran Husin berkata, program bubur lambuk ini diadakan [...]

USIM Menandatangani MoU bersama dua NGO dan melancarkan Aplikasi i-Sign Ibadah

NILAI, 23 Mei 2019- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memainkan peranan sebagai sebuah IPTA yang menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat melalui kumpulan penyelidikannya iaitu Unit Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) di bawah Institut Sains Islam (ISI) USIM yang berkerjasama dengan dua buah Badan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Nilai (PPDK Nilai) dan [...]

Enactus USIM kongsi ilmu melalui ’Kempen Mengkompos Sisa Makanan Anda’

LABU, 4 Mei 2019 - Kumpulan Enactus USIM berjaya laksanakan satu program beramah mesra bersama penduduk Kampung Labur Hilir, Labu, Negeri Sembilan dengan menganjurkan program “Kempen Mengkompos Sisa Makanan Anda”. Program ini diadakan di Balai Raya Kampung Bandar Hilir dan dirasmikan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad selaku ADUN kawasan Labu dan Exco Negeri [...]

Sukarelawan USIM manfaat Ramadan dengan “Street Dakwah”

NILAI, 10 Mei 2019 – Seramai 60 sukarelawan dalam kalangan pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) membantu untuk mengedarkan bubur lambuk dan kurma sebagai juadah berbuka puasa kepada pengunjung di sekitar Masjid Klana Petra Nilai melalui program Xpresi Dakwah 3.0. Sukarelawan yang terdiri daripada Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM), USIM itu bekerjasama dengan Gabungan Mahasiswa [...]

Pusat Perumahan Pelajar USIM edar bubur lambuk percuma

NILAI, 10 Mei 2019 - Kira-kira 2500 bungkus bubur lambuk diedarkan secara percuma kepada pelajar kolej kediaman dan pelajar luar kampus Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) oleh Pusat Perumahan Pelajar (PPP) yang diadakan pada setiap kali bulan Ramadan, dan ini merupakan tahun ketiga penganjurannya. Pengarah Pusat Perumahan Pelajar, Encik Ahmad Kamal Mustafa berkata, sudah menjadi [...]

Pelajar Undang-Undang USIM selami dunia Forensik di HTCM

NILAI, 8 Mei 2019 - Seramai 74 orang mahasiswa Tahun 4, Program Ijazah Sarjana Muda Undang–Undang dan Syariah (SMUS), Fakulti Syariah & Undang–Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM), Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini. Tujuan utama lawatan sambil belajar berkenaan dilakukan [...]

Enam penyertaan USIM di ITEX 2019 raih 3 emas dan 3 perak

Kuala Lumpur, 5 Mei 2019 – Pasukan penyelidik Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tidak pulang tangan kosong apabila keenam-enam penyertaan yang dipertandingkan berjaya menggondol 3 emas dan 3 perak di International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX) 2019 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre pada 2 hingga 4 Mei. Tiga produk mendapat emas adalah Gamifikasi [...]

Kidz Corner antara tarikan utama aktiviti Ramadan, mudahkan ibubapa tunai solat terawih

NILAI, 3 Mei 2019 – Kidz Corner dan ’Belaian Urut Diraja’ antara 11 aktiviti dianjurkan oleh Pusat Islam Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sempena bulan Ramadan kali ini dengan menjangkakan tarikan warga USIM dan sekitarnya untuk sertai aktiviti untuk beriadah sambil beribadah di Kompleks Islam Tunku Muhriz (KITM). Menurut Pengarah Pusat Islam, Encik Mohd Aizuddin [...]

StraComm anjur Bengkel Penulisan Berita di Media Sosial untuk Staf dan Pelajar

NILAI, 29 April 2019 - Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merasakan satu keperluan bagi memberi pendedahan teknik penulisan dan seni fotografi kepada semua Pusat Tanggungjawab (PTj) di USIM bagi menyalurkan maklumat program fakulti, jabatan dan info terkini kepada masyarakat dan pengguna di laman sosial. Seramai 57 peserta dari kalangan Majlis Perwakilan [...]

Go to Top