SMKA AL-IRSHAD JUARA DEBAT BAHASA ARAB
Bandar Baru Nilai, 21 Jun 2011 – Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Al-Irshad, Pulau Pinang muncul juara Debat Bahasa Arab Peringkat Kebangsaan 2011 yang diadakan di Stadium Tertutup Nilai hari ini. Kumpulan debat SMKA Al-Irshad dinobatkan sebagai johan selepas menewaskan pencabar terdekat dari Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu, Negeri Sembilan pada pertandingan peringkat akhir. [...]