MyFundAction sumbang 200 bekal sahur untuk siswa USIM pulang ke utara
NILAI, 11 Mei 2020– Para pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang bergerak dari kampus Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ke Perlis, Kedah dan Pulau Pinang dalam Ops Hantar Pulang pada semalam menerima ole-ole istimewa dari NGO MyFundAction. Mereka semua dibekalkan dengan pek bekal sahur untuk dijadikan juadah bersahur dalam perjalanan pulang ke destinasi masing-masing. Menurut [...]









