Menteri Pengajian Tinggi puji usaha USIM perangi COVID-19
NILAI, 4 April 2020– Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr. Noraini Ahmad meluangkan masa dua jam di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada Jumaat petang (3 April 2020) untuk melihat secara dekat pengurusan dan kesiapsiagaan USIM dalam memerangi wabak Covid-19. Beliau yang tiba di Kampus USIM pada jam 4.00 petang disambut oleh Naib Canselor, Profesor Dr. [...]









