KUNMING, CHINA 27 Januari 2019 – 12 orang mahasiswa dan mahasiswi Sekretariat Rakan Muda USIM dan diiringi oleh seorang pengawai pengiring telah menjalankan program GISO di Kunming, China selama 9 hari bermula 19 Januari dan berakhir pada 27 Januari 2019.

Pada GISO kali ini, para peserta telah menjalankan aktiviti iaitu misi ’Jelajah Masjid’ yang mana misi ini telah membawa satu matlamat untuk memberi sumbangan telekung solat, sejadah, makanan tradisi ’Dodol’ serta makanan sunnah ’kismis dan kurma. Barang yang kami bawa untuk disumbangkan telah menjadi perhatian lebih-lebih lagi telekung. Ini kerana, setiap masjid yang kami jelajah telekung solat dan sejadah adalah barang wajib kami sumbang di setiap masjid.

Antara lain aktiviti yang dijalankan disana adalah mengajarkan Bahasa Melayu Kepada Komuniti China Di Sekitar Shuncheng, mempelajari bahasa mandarin yang diajar oleh pengetua Kunming College of Eastern Language dan diterjemahkan oleh Ustaz Azhar, Perkongsian ilmu bersama imam masjid Nancheng.

Tudung dan telekung menjadi tumpuan seluruh masyarakat cina islam mahupun bukan islam, para peserta tersentuh hati kerana ketika perjalanan menuju ke tempat masyarakat islam kami telah disapa oleh seorang masyarakat bukan islam dengan persoalan ’Apakah yang kamu pakai’ ujarnya. Soalan itu telah membuka mata kami untuk bercerita dengan lebih lanjut tentang cara pemakaian wanita islam di Malaysia. Perkara itu telah diterima positif oleh masyarakat bukan muslim disana telah memberikan kesan yang sangat bermakna kepada seluruh peserta GISO kali ini.

”Apa yang menjadi perhatian kami adalah di Masjid Shun Cheng yang mana telekung yang disumbangkan adalah satu penerimaan yang baru oleh mereka kerana mereka tidak pernah solat dengan menggunakan telekung dan hanya menggunakan tudung. Telekung menjadi kejutan apabila kami membuat demokrasi pemakaian untuk mereka dan kelihatan mereka sangat teruja sehinggakan mereka keluar  berjalan sekitar masjid untuk menunjukkan telekung yang dipakai. Alhamdulillah, semua peserta berasa sangat gembira kerana dapat berkongsi pengetahuan yang baru kepada masyarakat muslim disana”, kata Aisya Syahida 21.

”Pengembaraan selama 9 hari cukup2 memberi kepuasan dan keinsafan buat diri malah memberi ilmu baru. Allah juga menggalakkan kita pergi ‘melihat’ negara luar, supaya kita sentiasa bersyukur dan mengambil pengajaran. Rugilah jika kita diberi peluang dan ruang oleh pihak USIM melakukan aktiviti luar, tapi kita hanya sekadar pergi bersama jasad , bukan bersama hati. Belum puas rasanya menghirup udara segar di sana”, kata Aminah Sulaiman 22.

Disediakan oleh:
Nuraisya Syahida Ab Hadi

Dikemaskini oleh:
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan
Tel : 06-798 8026/78629/78620 Faks : 06-798 8032