NILAI, 16 NOVEMBER 2014 – Bertempat di Pusat Pavillion USIM telah berlangsung dengan meriahnya Konvensyen Keusahawanan Islam Kesepuluh (iCEPS10) dan Pesta Konvokesyen kali ke-12 (iCEPS10@C-FEST12). Program yang berlangsung selama empat hari bermula 13 hingga 16 November 2014 ini adalah anjuran Pelajar Tahun Empat Fakulti Ekonomi dan Muamalat dan julung kalinya telah bekerjasama dengan Jawatankuasa Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi menjayakan program ini dengan bertemakan “Reviving the Sunnah and Internationalization”.

Pro Canselor USIM, Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz telah berkenan untuk melancarkan Konvesyen Keusahawan Islam Kesepuluh dan Pesta Konvokesyen ke-12 (iCEPS10@C-FEST12). Selaras dengan tema pengantarabangsaan, pihak Iceps10 telah menerima kehadiran para pelajar dari Xi’an International Universiti of China, Universiti Muhammadiyah Yogyakarta, Sekolah Tinggi Ekonomi Islam Tazkia dan Universitas Darussalam, Gontor.

Secara keseluruhannya, objektif utama konvensyen ini adalah sebagai satu platform bagi para pelajar mengenengahkan bidang dan bakat keusahawanan yang ada dalam diri setiap pelajar IPTA serta masyarakat Islam. Disamping itu, ia berperanan memberikan pengetahuan bagi mewujudkan serta melahirkan bakal usahawan cemerlang berpaksikan syariah Islam di Malaysia khususnya bagi merealisasikan agenda kerajaan dalam meningkatkan kepakaran mahasiswa/i supaya melibatkan diri secara langsung dalam program keusahawanan dan seterusnya membina jaringan perniagaan bagi menembusi peringkat yang lebih tinggi.

Lebih 70 gerai dibuka yang melibatkan pelajar USIM dan peniaga luar disamping dihidang dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya Malam Penghayatan Sunnah selaras dengan tema (iCEPS10@C-FEST12) yang disampaikan oleh YB. Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dusuki,Dr. Zulkifli Mohamad  Al-Bakri serta penampilan khas ulama dari Iraq Sheikh Afeefudin Al-Jilani. Selain itu, sembang santai bersama Ustaz Dr. Izhar Ariff bertajuk ‘Rindu dia Berapa Peratus’ Konsert Senandung Buatmu Gaza yang dihiburkan dengan artis jemputan iaitu Ramli Sarip, Maulana AF8, kumpulan Mestica, Muadz Dzulkefli dan One Soulz. Selain itu, program Bicara Siswi bersama Diana Amir turut membicarakan soal wanita, keluarga dan wanita sebagai usahawan selain Forum Pemudadan Perubahan yang disampaikan oleh panel hebat seperti selebriti PU Yeop, Ustaz Abdullah Jalil, pensyarah kanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat USIM serta mantan YDP MPP USIM, Razif Fuad. Program yang dianjurkan telah berjaya menarik lebih 20,000 pengunjung sekitar Negeri Sembilan dan berdekatan selama 4 hari berlangsung.

Symposium Ekonomi Nasional turut dibarisi oleh para panelis hebat seperti penulis buku “Rich Malaysia, Poor Malaysia”Anas Alam Faizli, CEO IDEAS Wan Saiful Wan Jan, Pakar Ekonomi Azrul Azwar Ahmad Tajudin dan Pensyarah Sains Matematik UKM Dr. Mohammad Alinor. Pelbagai pertandingan juga telah diadakan seperti Pertandingan Qasidah, Battle of Nasyid, Pertandingan Perancangan Perniagaan dan Pertandingan Futsal. Menariknya, pertandingan nasyid yang diadakan secara terbuka ini telah dimenangi oleh kumpulan Arrayyan dari SMKA Maahad Muar, Johor yang berjaya menewaskan pesaing-pesaing yang lebih senior dari pelbagai IPTA di Malaysia. Bagi pertandingan rancangan pernigaan pula dimenangi oleh kumpulan dari Universiti Sains Islam Malaysia dengan rancangan mereka untuk mebuka Carreoso Snack Bar, diikuti oleh Universiti Malaysia Kelantan dengan perancangan mereka untuk menjadi konsultan pengurusan harta pusaka di tempat yang ke-2 dan Universiti Malaysia Terengganu di tempat yang ke-3 dengan perancangan untuk menghasilkan fancy made pillow.  Pertandingan ole-ole futsal yang diadakan di Kompleks Sukan Paroi dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sembilan dan Sekretariat Rakan Muda USIM telah dijuarai oleh Bertam Ulu FC, diikuti oleh kumpulan MBC ditempat yang ke-2 dan Star Merge FC ditempat yang ke-3.

Menurut YBhg. Prof Dato’ Dr. Musa Ahmad, Naib Canselor USIM dalam ucapannya berkata “iCEPS10 yang dikendalikan oleh para pelajar ini bukan sahaja membentuk jati diri agar menjadi lebih berdisiplin tapi turut mendidik diri agar sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran-cabaran yang bakal ditempuhi ditempuhi dalam selepas bergraduasi dalam industri, syabas dan tahniah juga dicapkan kepada 406 pelajar yang terlibat bagi menjayakan iCEPS10@C-FEST12 ini.

Turut hadir sama adalah YBhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj Husin, Pengerusi Lembaga Pengarah USIM, YBhg. Prof Dato’ Dr. Musa Ahmad, Naib Canselor USIM, dan Dr Nuradli Ridzwan Shah Mohd  Dali penyelaras iCEPS10@C-FEST12.

Disediakan oleh:

Syarah Athirah Mohd Sidik

Timbalan Pengarah Perhubungan Awan iCEPS10

Dikemaskini oleh:

PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (STRACOMM)

Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

71800 Nilai, Negeri Sembilan

Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204