NILAI, 11 Mac 2020 – Majlis Amanat dan Sesi Dialog Kor Suksis USIM dan UiTM Seremban 3 telah disampaikan oleh YDH. DCP Dato’ Mohamad Bin Mat Yusop, Ketua Polis Negeri Sembilan buat julung kalinya dengan kehadiran pegawai-pegawai Kehormat Kor Suksis dan tetamu Kehormat yang lain.

Turut hadir sama Prof Madya Dr Mohd Rushdan Mohd Jailani Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni merangkap Komandan Kor Suksis USIM, Tuan Samad Yahya, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPK Negeri Sembilan, Tuan Nor Marzukee Besar, Ketua Polis Daerah Nilai, Tuan Hisham Sabri Timbalan Komandan Kor Suksis USIM, Prof Madya Dr Abdul Manan Ismail, Pengarah Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI) USIM.

YDH. DCP Dato’ Mohamad Bin Mat Yusop dalam ucapan amanat beliau berkata, generasi muda mempunyai peranan dan tanggungjawab besar dalam pembangunan negara ke arah pembentukan insan yang berilmu dan berintegriti. PDRM telah mengorak langkah dengan mewujudkan Kor Suksis di setiap Universiti Awam (UA) di seluruh negara dengan hasrt melahirkan graduan cemerlang yang memiliki pengetahuan undang-undang, kemahiran berdaya saing, berdisplin dan berketerampilan serta dilengkapi dengan nilai-nilai murni yang tinggi.

“Saya amat yakin, dengan pengetahuan dan kemahiran kepolisan yang diberikan melalui latihan secara berterusan oleh pihak PDRM, pelatih Suksis dapat membantu pihak university dalam menjaga keselamatan dan kesejahteraan di dalam kampus masing-masing, dan secara tidak langsung membantu pihak polis menangani masalah jenayah, penyalahgunaan dadah mahupun gejala sosial”.

“Besarlah harapan say ajika anda semua mampu bersama-sama membantu menjayakan misi dan visi PDRM dan dapat menggerakkan komuniti setempat supaya bersama-sama untuk mencegah jenayah dari berlaku”, tambah beliau lagi.

Majlis turut melancarkan S Voice Buskers Kor Suksis USIM.

 

Disediakan oleh:
Noorumaina Mohamed Yunus
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan