27 Nov 2008 – Naib Canselor USIM telah mengadakan lawatan kerja ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah ,  Temerloh Pahang bertujuan untuk membincangkan kejasama di antara USIM dengan pihak hospital bagi penempatan pelajar-pelajar klinikal USIM. Seramai 15 orang pelajar Klinikal USIM ditempatkan di Hospital  Sultan Haji Ahmad Shah. Antara skop kerjasama yang dipersetujui adalah seperti latihan kakitangan dan sumbangan kepakaran kepada pelajar-pelajar klinikal USIM.

Sesi lawatan bermula dengan ucapan aluan dan taklimat ringkas mengenai Hospital yang disampaikan oleh Dr. Nor Shamsiah Nyak Abdullah, Timbalan Pengarah Perubatan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. USIM turut membuat penyerahan buku-buku perubatan untuk kegunaan Hospital berkenaan.

Acara di akhiri dengan lawatan ke asrama pelajar-pelajar Klinikal USIM. Turut serta dalam lawatan ini adalah Prof. Dato’ Dr. Nik Nasri Nik Ismail, Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan USIM, Ir. Daim Saian, Pengarah Pembangunan, En. Muhammad Haizuan Rozali, Timbalan Pendaftar Kanan Jabatan Pendaftar dan En. Hammad farhi Mohd Saudi, Timbalan Pendaftar PPSHK.

Oleh :
pro@usim.edu.my
Tel : 8025/8026