Majlis Penyerahan Bendera kepada ketua kontinjen sempena  Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT)  2014 di Pusat Pavillion USIM dihadiri seramai 80 atlet  yang akan berentap di padang UITM pada 3 hingga 16 Februari 2014 ini.

USIM akan bertarung  dalam lapan (8) daripada dua puluh empat (24) acara yang dipertandingkan iaitu taekwando, silat, bola tampar, memanah, tenis, rugby, bola jaring dan bowling padang.

Prof Dato’ Dr Asma Ismail memberi kata-kata semangat kepada kontinjen USIM supaya mempunyai semangat berpasukan yang tinggi, walaupun USIM datang dari jumlah yang kecil. “ Tunjukkan sifat-sifat yang baik kerana ia melambangkan keperibadian pelajar USIM yang datang dari universiti berteraskan pengajian Islam, berucap beliau pada Majlis Penyerahan Bendera kepada En Ekmal Buhary selaku ketua kontinjen USIM.

Turut hadir sama pada majlis tersebut, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni Prof Dato’ Dr Asin Dollah dan Pengarah Pusat Sukan En Hamran Husin.

Disediakan oleh

Noorumaina Mohamed Yunus

Penolong Pegawai Media