NILAI, 12 Okt – Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) buat pertama kalinya mengadakan Muktamar Agung bagi pemilihan pimpinan baru Persatuan Mahasiswa Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (PMFKP) bagi sesi 2019/2020.

Tujuan muktamar ini diadakan adalah bagi melantik calon terbaik dan berkelayakan bagi menempatkan diri dalam organisasi PMFKP sesi 2019/2020 secara musyawarah beramai-ramai didalam sebuah dewan yang dihadiri seramai 150 penyokong yang terdiri daripada 30 penyokong daripada setiap persatuan dan pemimpin yang baik adalah pemimpin yang ramai pengikut,’ menurut Dr Zaliridzal Timbalan Dekan FKP.

Manakala mantan YDP PMFKP, Muhammad Alif Ahmad Salimin telah mengisytiharkan pembubaran carta organisasi PMFKP sesi 2018/2019 sejurus selesainya ucapan perasmian oleh Timbalan Dekan FKP, Dr Zaliridzal.

‘Segala usaha dan tindakan yang telah kami lakukan sepanjang setahun ini, moga memberikan impak yang terbaik serta dapat mencorakkan perubahan buat fakulti dari pelbagai aspek dengan harapan pimpinan baru akan datang dapat meneruskan perjuangan demi mahasiswa FKP,’ kata Muhammad Alif.

Sambutan hangat yang ditunjukkan oleh pelajar daripada setiap persatuan telah memeriahkan lagi majlis syura apabila Badrul Faiz anak kelahiran Perak itu telah dilantik menjadi Yang Di-Pertua (YDP) Persatuan Mahasiswa Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (PMFKP) bagi sesi 2019/2020.

Tambah Badrul Faiz, kemenangan ini bukanlah suatu kebanggaan bagi saya, malah ianya adalah satu tanggungjawab dan amanah yang harus saya pikul dan jalankan dengan sebaik mungkin bagi merealisasikan setiap impian mahasiswa Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan.

 

Disediakan oleh:
Khadijah Ulfah Mohd Shahar