KEMBOJA – Seramai 18 orang pelajar Fakulti Sains danTeknologi (FST) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bertindak sebagai sukarelawan dalam menjayakan misi A Step For Changes Across The Mekong. Merupakan salah-satu program di bawah Global Islamic Student Outreach (GISO) USIM, ia member peluang dan pengalaman beharga kepada para peserta.

Program yang dijayakan bersama Al – I’tisam Relief Program (ARP) memfokuskan khidmat bakti untuk menolong masyarakat Islam minoriti di Kampung Ampel, Kemboja yang baru sahaja ditimpa musibah banjir yang besar. Hujan lebat diantara Jun hingga Disember saban tahun mengakibatkan kemusnahan dan kerosakan harta-benda, tanaman dan ternakan akibat ditenggelami air.

Perjalanan dari LapanganTerbang Phenom Penh ke Kampung Ampel memakan masa lebih 6 jam melalui jalan tanah merah yang tidak rata tidak menjadi lelah kepada peserta. Walaupun baru ditimpa musibah, ketibaan para sukarelawan USIM dan IRP disambut dengan penuh meriah dan ceria oleh penduduk kampong yang rata-ratanya hidup pada paras kemiskinan.

Kampung yang mempunyaikira-kira 50 buah penempatan yang menjadikan aktiviti pertanian terutamanya penanaman padi dan nelayan sebagai aktiviti ekonomi banyak dipengaruhi oleh kedudukan geografinya yang berhampiran Sungai Mekong.

Menurut salah seorang sukarelawan USIM, Saudara Syukri Misenan, pelajarTahun Empat Program Kimia Industri, pelbagai aktiviti dilaksanakan bersama penduduk kampong selama seminggu merekadi sana yang menekankan aspek pembangunan jasmani, rohani, spiritual dan intelektual.

“Faktor perbezaan bahasa pertuturan memberi sedikit cabaran, tetapi Alhamdulillah dengan bantuan para penterjemah yang terdiri daripada penduduk tempatan telah melancarkan semua aktiviti yang diatur antaranya kursus menjahit manic untuk remaja perempuan, pemeriksaan kesihatan, sukaneka, kelas Al-Quran, gotong-royong dan agihan sumbangan”.

“Kita mengumpul banyak sumbangan di Malaysia antaranya melalui Permodalan Nasional Berhad (PNB), NGO Wakaf Project dan pihak pihak persendirian untuk diserahkan kepada penduduk kampung.Sumbangan yang diagihkan seperti  273 bungkusan makanan harian, alat kelengkapan solat, naskah Al-Quran, pakaian serta wang tunai kira-kira RM 4000.00”.

Tuntasnya,  selama seminggu menyelusuri kehidupan masyarakat Islam minoriti di Kemboja ia telah memberi peluang kepada sukarelawan untuk menilai dan muhasabah diri untuk sentiasa membantu mereka yang memerlukan.

Disediakan oleh :

Urusetia Program GISO :A Step For Changes Across The Mekong 2014

Dikemaskini oleh :

Mohd Zaini Othman

Penolong Pendaftar StraComm