MALDIVES – Seramai 16 orang mahasiswa/i ahli Kelab Pembimbing Rakan Universiti (PRU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merasai dan menimba pengalaman berharga bersama masyarakat Islam di Maldives yang turut disertai dua (2) orang Pegawai Pengiring.

Program enam hari ini yang bermula 21 hingga 26 Ogos 2013 lalu adalah anjuran Kelab Pembimbing Rakan Universiti (PRU) dengan kerjasama Unit Psikologi  Kaunseling dan Kerjaya (UPKK) dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar USIM.

Merupakan salah satu daripada program di bawah Global Islamic Student Outreach (GISO) yang mendapat peruntukan dana khas dari Universiti, pemilihan Maldives yang merupakan negara yang majoriti penduduknya beragama Islam memberi pendedahan baharu kepada peserta mengenai pengamalan Islam, bahasa, juadah makanan dan budaya masyarakatnya.

Sepanjang berda di sana, pelbagai pengisian diatur oleh peserta yang memfokuskan kepada aktiviti kemasyarakatan antaranya penyampaian sumbangan  20 unit MyIman Kids Tab  kepada pusat bimbingan kakank-kanak Islam, Dhondhooni Little Learners, gotong-royong bersama penduduk Pulau Villingili dan Pulau Hulhumale, permbersihan pantai dan Masjid Kalhu Vakaru di Pulau Male, Maldives.

Peserta juga mengambil peluang berkongsian pengalaman dan interaksi silang budaya bersama pemimpin pelajar dari Maldives National University (MNU) dan College of Islamic Studies Kulliyya serta melawat bank Islam pertama di Maldives, Maldives Islamic Bank (MIB) yang diuruskan oleh rakyat Malaysia, Encik Harith Harun selaku Ketua Pegawai Ekskutif di sana.

Menurut pengarah program, Saudara Mohd Alfaiz Salleh, 22, dengan mengadakan program sebegini, secara tidak langsung peserta akan lebih terbuka menerima kepelbagaian dan keunikan yang ada di setiap negara. “Kesungguhan dan komitmen tinggi pelajar menganjurkan program sebegini sememangnya selari dengan harapan universiti untuk melahirkan pelajar yang berkepimpinan tinggi dan mampu membawa nama USIM di arus perdana dan antarabangsa.” katanya.

Kedatangan para peserta ke Maldives turut diraikan oleh Menteri Hal Ehwal Islam Maldives, Dr. Mohd Shaheem Ali Saeed di Pusat Islam Maldives. Beliau melahirkan rasa terharu menerima kunjungan pelajar USIM yang merupakan kunjungan kedua selepas kunjungan kumpulan pertama pada Januari lalu.

“Saya amat berterima kasih kepada Malaysia kerana banyak membantu kami dari pelbagai aspek sama ada melalui ekonomi dan sosial.” ujarnya.

Disediakan oleh :
Unit Psikologi  Kaunseling dan Kerjaya (UPKK)

Dikemaskini oleh :
Mohd Zaini Othman (StraComm)