PULAU PINANG, 16 Disember : Seramai 6 orang pelajar dari Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) mewakili Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengasah bakat mereka dalam beberapa buah kategori yang dipertandingkan dalam Immersion Appreciation and Tribute (IMPACT) 2019 yang diadakan di Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia (USM).

Kategori yang dipertandingkan adalah Pengucapan Awam secara individu, Video Pendek berkumpulan dan Pengiklanan Cetak secara individu itu mendapat saingan sengit dari Universiti Awam dan juga Universiti dari Luar Negara seperti Indonesia dan Thailand.

Namun, sebanyak tiga kategori yang dipertandingkan, USIM berjaya meraih tempat ketiga dalam pertandingan video pendek diwakili oleh Muhammad Fakrullah Abd Wahab, Nurul Najihah Binti Mohd. Roffee, Ahmad Muaz Bin  Mohd Noor dan Farhan Bin Halim serta pengiklanan cetak yang diwakili oleh Muhammad Fakrullah Bin Abd Wahab.

Selari dengan objektif IMPACT 2019 yang ingin mengasah bakat pelajar bagi membentangkan hasil kreatif dan idea mereka seperti yang diperkatakan oleh pengasas IMPACT, Prof. Dato’ Dr. Adnan Hussein.

“Objektif IMPACT ini diwujudkan adalah bagi membantu pelajar khususnya pelajar akhir tahun membentangkan hasil mereka serta merupakan salah satu tanda penghargaan masyarakat kampus terhadap hasil kerja mereka,” kata Prof Adnan selepas tamat majlis penyerahan hadiah kepada pemenang-pemenang.

Menurut beliau lagi, IMPACT ini juga merupakan salah satu platform yang membuka ruang kepada pelajar untuk mendedahkan hasil mereka kepada Industri luar seterusnya dapat menggilap bakat mereka sebagai persediaan dalam menceburi bidang industri di dalam atau luar negara.

Tambahan pula, dengan IMPACT dapat membantu pelajar dalam mewujudkan hubungan komunikasi dua hala di antara pelajar-pelajar tempatan dan pelajar-pelajar dari luar negara.

Selain itu, Pengarah IMPACT 2019, Norhidayatul Asmaliah Kasim juga merupakan pelajar tahun tiga komunikasi menyatakan IMPACT juga memberi kesan khususnya kepada pelajar tahun akhir dalam membina keyakinan diri untuk membentangkan hasil projek mereka kepada beberapa buah universiti tempatan dan luar negara.

Bagi peserta pengucapan awam, Siti Hajar Fatimah Binti Abdullah, 21, turut menyatakan dengan keterlibatan beliau dalam IMPACT 2019 sedikit sebanyak dapat membantu beliau meningkatkan daya keyakinan diri untuk bercakap di khalayak ramai serta dapat membantu beliau bagaimana mewujudkan perhubungan dua hala antara dua negara yang berbeza.

“Secara khususnya, IMPACT ini memberi saya pengalaman dalam mewujudkan komunikasi dari pelbagai budaya serta dapat membantu meningkatkan pengetahuan saya terhadap suasana baru.

“Ini juga merupakan pengalaman oertama saya untuk bergaul dan berkongsi pengetahuan dengan pelajar-pelajar dari pelbagai universiti,” kata Hajar yang merupakan salah seorang wakil dari USIM.

Pada tahun ini, IMPACT 2019 bertemakan Fun and Funkiness dimana tema ini mengetengahkan persembahan yang kreatif dan menarik sesuai dengan sasaran terhadap generasi muda kini.

 

Disediakan oleh:
Nur Amirah Zolkepli
Stracommclique

Dikemaskini oleh:
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan