Kuala Lumpur, 14 Disember 2008 – Majlis Pelancaran Buku Biografi Mufti-mufti Malaysia telah dilancarkan oleh YBhg Prof Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj Husin sempena Majlis Makan Malam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bersama Media di Hotel Legend. Majlis Pelancaran ini diadakan berikutan kesesuaian buku ini yang menyentuh latar belakang mufti-mufti yang ada di Malaysia dari dahulu sehingga kini dengan kehadiran sahibul samahah mufti-mufti dalam Negara pada majlis makan malam yang dianjurkan oleh JAKIM ini.

Berikutan itu, dengan jasa baik pihak JAKIM majlis pelancaran buku Biografi Mufti-mufti berjaya diadakan. Turut hadir semasa majlis makan malam tersebut ialah Pengarah JAKIM, YBhg Dato’ Hj Wan Muhamad Dato’ Sheikh Hj Abd Aziz, Sahibulsamahah Dato-Dato’ mufti, Ahli Jawatankuasa Penerbitan USIM dan wakil media.

Majlis Pelancaran buku dimulakan setelah selesai sesi perbincangan pihak Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bersama media. Dimulakan dengan ucapan penulis dan diikuti ucapan dan pelancaran daripada YBhg. Prof Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj Husin, Naib Canselor USIM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan.

Oleh:
Unit Penerbitan USIM