Nilai, 31 Mei 2008 – Baru-baru ini USIM telah menerima seramai 310 orang pelajar baru Pusat Tamhidi bagi sesi 2008/2009. Pendaftaran pelajar baru diadakan pada 31 Mei 2008 manakala Program Minggu Taaruf diadakan pada hari berikutnya iaitu 1 Jun 2008.

Antara objektif program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan penyesuaian kepada pelajar-pelajar baru selain memperkenalkan pelajar-pelajar baru kepada Universiti. Pelajar-pelajar baru telah melafazkan ikrar yang diketuai oleh Saudara Mohd Nurishaq Mohd Fauzi, pelajar dari Tamhidi Perubatan.

Antara pengisian Program Minggu Taaruf ini adalah taklimat PTPTN, taklimat Keselamatan PDRM, taklimat ko-kurikulum, pengecaman Bakat Sukan & Budaya dan Malam Apresiasi Seni dimana pada malam tersebut bakat-bakat pelajar yang terpendam dapat dicungkil. Antaranya seperti nyanyian, nasyid, bacaan puisi dan sketsa. Turut hadir Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor hj Husin dan Timbalan Naib Canselor HEP & Alumni, Prof. Dato’ Dr. Mohamed Asin Dollah.

Daripada :
Unit Perhubungan Awam
Universiti Sains Islam Malaysia
Tel : 06-7988025/8026
Email : pro@usim.edu.my