NILAI, 9 MEI 2015 – Fakulti Pergigian Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) julung kali menganjurkan Seminar Fiqh Pergigian Peringkat Kebangsaan pada 8 Mei 2015 bertempat di Dewan Besar USIM. Selaras dengan visi dan misi USIM untuk mengimbangkan ilmu naqli dan aqli dalam pengamalan pergigian, pihak fakulti pergigian mengambil peluang menganjurkan seminar ini.

Bidang fiqh merupakan salah satu cabang ilmu naqli yang wajib diketahui oleh umat islam. Ia melibatkan hukum-hakam dalam islam dan termasuklah pengamalan dalam rawatan pergigian. Terdapat banyak kemusykilan tentang beberapa rawatan pergigian dan bahan-bahan yang digunakan dalam masyarakat dan pengamal pergigian sendiri. Hasil gabungan ilmu dari pakar-pakar fiqh dan pergigian dalam  seminar diharap dapat menyelesaikan masalah ini.

Menurut pengarah program Dr. Aspalilah Alias, seramai 700 orang peserta membanjiri Dewan Besar USIM yang terdiri daripada pakar, kakitangan klinik swasta, pensyarah, pegawai pergigian KKM, mahasiswa program pergigian dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

”Objektif penganjurannya adalah untuk memperkenalkan konsep fiqh secara umum, mengaitkan ilmu fiqh selari dengan ilmu pergigian, mmeberi pendedahan kepada pengamal pergigian tentang isu fiqh pergigian dan bagi memantapkan pengetahuan semasa membuat rawatan pergigian”.

”Diharapkan semua peserta yang hadir terutamanya pengamal pergigian dapat membuat rawatan pergigian mengikut hukum yang telah ditetapkan oleh Islam untuk mendapat keredhaan”, tambah beliau.

”Seminar Kebangsaan Fiqg Pergigian yang dianjurkan ini merupakan salah satu rentetan usaha fakulti untuk meningkatkan lagi kefahaman tentang konsep integrasi naqli dan aqli, selain bermatlamat untuk menjawab persoalan dan kemusykilan di kalangan pengamal pergigian dan orang awam khususnya tentang hukum hakam dan keboleh-harusan sesuatu rawatan pergigian itu dari pandangan Islam”, ucap Dekan Fakulti Pergigian USIM, Dr. Haslinda Ramli.

Ucaptama disampaikan oleh SS Datuk Dr. Zulkifli Mohammad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan yang bertajuk Fiqh Pengenalan dan Kepentingan, di mana beliau menegaskan dalam Islam amalan penjagaan dan kebersihan diri amat dituntut dalam Islam.

Sebanyak tujuh penceramah yang dijemput untuk berkongsi ilmu pergigiaan dan Ucaptama disampaikan oleh SS Datuk Dr. Zulkifli Mohammad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan yang bertajuk Fiqh Pengenalan dan Kepentingan, di mana beliau menegaskan dalam Islam amalan penjagaan dan kebersihan diri amat dituntut dalam Islam.

Majlis dirasmikan oleh Dr. Ahmad Sharifuddin (Ketua Pakar dan Pakar Perunding Kanan Periodontik, Kementerian Kesihatan Malaysia)-wakil rasmi pengarah kanan (kesihatan Pergigian). Turut hadir Dekan Fakulti Pergigian USIM Dr. Haslinda Ramli.

Disediakan oleh:

Noorumaina Mohamed Yunus

PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (STRACOMM)

Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

71800 Nilai, Negeri Sembilan

Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204