Pusat Pengurusan  Ilmu dan Teknologi Maklumat telah mewakili USIM untuk Pertandingan Invention & Innovation Awards 2009 sempena Malaysian Technology Expo Kuala Lumpur 2009 (MTE 2009) anjuran Malaysian Association of Research Scientists (MARS) di PWTC pada 19 hingga 21 Februari 2009.

Di dalam pertandingan ini PPITM telah berjaya merangkul 2 pingat iaitu pingat Perak untuk Sistem Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (eUNDI) dan pingat Gangsa untuk Sistem Paparan Graduan (U-Grads). Sebanyak 23 kategori telah dipertandingkan di dalam pertandingan ini yang melibatkan penyertaan dari pelbagai agensi.