NILAI, 28 NOV 2015 – Lebih 200 orang mahasiswa berlainan fakulti Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil bahagian dalam ‘Sport Culture’ hari sukan khas buat mahasiswa kelahiran Johor yang menuntut di universiti tersebut.

Program anjuran Pimpinan Mahasiswa Anak Johor (MAJU) USIM dengan kerjasama Sekretariat Rakan Muda USIM, Pusat Sukan USIM dan Yayasan Pelajaran Johor yang berlangsung selama sehari ini bertempat di Pusat Sukan Tunku Ampuan Najihah, USIM dan sekitar USIM.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM Y.Bhg Prof Dato’ Dr.Hassan Basri Awang Mat Dahan, turut turun padang dan merasmikan program ini.

Hari pertama bermula meriah dan energetik dengan pengisian J-robik diikuti dengan sukan rakyat popular iaitu tarik tali, baling belon dan bola beracun. Pada sebelah petang pula,  Sesi Bicara Kepimpinan Dato’ Abdul Rahman Yasin ( Tokoh Kepimpinan Intelektual ) yang disampaikan oleh Dato’ Onn Jaabar ( Pengarah Yayasan Pelajaran Johor ). Hari sukan ini diadakan untuk melahirkan mahasiswa yang cerdas akal dan fizikal, kata presiden MAJU  Mohammad Asyraf Amran.

Menurut Timbalan Presiden 1 MAJU, Muhammad Hafiz Jalil mensasarkan ‘Sport Culture’ ini sebagai aktiviti tahunan dalam usaha memupuk semangat kesukanan selain dapat mengumpulkan sebahagian besar pelajar kelahiran Johor yang ada di USIM.

Beliau turut menyifatkan bahawa hari sukan ini dapat mencetuskan persaingan secara sihat selain menambah kemahiran berpersatuan dalam kalangan mahasiswa.

“Tahap penglibatan para pelajar dalam ‘Sport Culture’ ini juga dilihat memberangsangkan dengan penyertaan hampir dari setiap fakulti.” katanya.

“Selain itu, bakat dan kemahiran pelajar yang sedia ada turut diasah melalui acara yang dipertandingkan.” katanya yang ditemui seusai perasmian.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Murid dan Alumni USIM, Y.Bhg Prof Dato’ Dr.Hassan Basri Awang Mat Dahan turut menyuarakan harapan beliau agar program sukan seumpama ini seharusnya diteruskan lagi oleh legasi akan datang selain memberi pengiktirafan program berimpak tinggi kepada mahasiswa khususnya.

“ Sport Culture’ ini adalah salah satu contoh aktiviti yang perlu diterapkan dalam kalangan mahasiswa USIM sendiri,” katanya.

Nurul Hidayah Mohd Farid selaku salah seorang urusetia berkata melalui program sukan ini beliau dapat berkenalan dengan pelajar kelahiran johor lain yang turut menuntut ilmu di bumi USIM ini.

Tambahnya lagi penganjuran ‘Sport Culture’ ini membuktikan meskipun berada di negeri orang, ukhwah diantara pelajar Johor tidak renggang malah bertambah erat.

Disediakan oleh:

Khairul Bariyah
Dikemaskini oleh:

Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan

Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204