Putrajaya, 16 Disember 2008 – USIM menduduki tempat pertama  Pertandingan Laman Web Kementerian Pengajian Tinggi Tahun 2008 (Kategori IPTA). USIM yang diwakili oleh Prof. Dr. Mohammad Haji Alias, Pengarah Pusat Perkembangan Strategik dan Hubungan Korporat menerima trofi dan sijil penghargaan yang  disampaikan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia  pada Majlis Sambutan Hari Kualiti Kementerian Pengajian Tinggi tahun 2008.  Bagi kategori yang sama pada pertandingan tersebut, tempat kedua dimenangi oleh UTHM manakala tempat ketiga disandang oleh UPM.Proses penilaian bagi Pertandingan Laman Web tersebut telah berlangsung dan pada 4 hingga 8 Ogos 2008 yang lalu di Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam, Selangor. Sebanyak 5 kategori telah dipertandingkan iaitu KPT/Jabatan/Agensi di bawahnya, Institut Pengajian Tinggi Awam(IPTA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), Politeknik dan Kolej Komuniti. Kriteria penilaian adalah berdasarkan kriteria penilaian dari MDEC dan MAMPU.

Majlis Sambutan Hari Kualiti Kementerian Pengajian Tinggi  diadakan bertujuan untuk memperkukuhkan nilai-nilai budaya kualiti dan memberi pengiktirafan terhadap usaha-usaha meningkatkan kualiti dan produktiviti. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh  YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia sekaligus melancarkan ’tagline’ baru KPT ’Meneraju Kegemilangan Ilmu’.

Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua warga USIM dan Jawatankuasa Laman WEB & infoUSIM atas kejayaan ini.

Oleh :
pro@usim.edu.my
8025/8026/8028