ALOR SETAR, 31 OGOS 2016 – Bersempena sambutan Hari Kebangsaanke 59, Pusat Kebudayaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menganjurkan program USIM Street Dakwah @Kembara Patriotik ETS 2016 bersama pengguna Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dari stesen Kuala Lumpur hingga ke stesen Alor Setar Kedah.

Menurut Pengarah Pusat Kebudayaan USIM Encik Ismail Ahmed berkata, program yang berlangsung selama dua hari ini bertujuan menyampaikan mesej berguna kepada masyarakat melalui medium muzik secara santai dengan bertemakan lagu patriotik dan deklamasi puisi dari penyanyi Dato Nash dan Siso Kopratasa serta persembahan dari USIM Buskers dan Kumpulan Penyair Nasional (KHUPAS).

“Program ini turut mendapat kerjasama Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah”.

“Sumbangan yang dihulurkan ini juga bagi membantu persatuan (HKL Kids) di mana kanak-kanak ini amat memerlukan sumbangan daripada masyarakat. Pengguna boleh berhubung terus denga pihak  persatuan terbabit menerusi risalah yang diedarkan untuk memudahkan sumbangan dilakukan”, tambah Encik Ismail.

Disediakan oleh:

Noorumaina Mohamed Yunus

Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)

Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

71800 Nilai, Negeri Sembilan

Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204