NILAI, 7 April 2021 – YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) hadir merasmikan serta menyerahkan 15 unit komputer riba sempena Majlis Penyerahan Komputer Riba dan Food Bank oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bertempat di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) lewat petang semalam.

Sesi penyerahan ini adalah bagi meraikan rakan penyumbang iaitu pihak YAPEIM yang menyumbang 15 unit komputer riba kepada pelajar B40 USIM dan Foodbank kepada 200 orang pelajar USIM.

YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri dalam ucapannya berkata, pihak YaPEIM akan terus membantu semampunya kepada para pelajar yang memerlukan.

“Bagi bantuan komputer riba, sehingga ke hari ini, sumbangan tunai yang diperolehi daripada orang awam melalui portal jominfaq adalah sebanyak RM29,603.00, manakala 9 unit komputer riba yang diperolehi telah diagihkan kepada pelajar yang berkenaan. Pada hari ini, USIM sangat bertuah kerana pihak YAPEIM berbesar hati menyumbang 15 unit komputer riba serta bantuan-bantuan lain yang sangat bermakna kepada 200 orang pelajar Tamhidi USIM dalam kalangan B40 dan yang memerlukan,” ucap Prof. Dato’ Dr Mohamed Ridza Wahiddin, Naib Canselor USIM.

Pada masa sama, majlis turut menyerahkan simbolik mock cheque sumbangan sebanyak RM302,500 yang telah diterima oleh USIM daripada pihak YaPEIM melalui Program  Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku).

Individu, syarikat atau institusi korporat yang berhasrat untuk turut serta menyumbang bagi menjayakan program Projek  Bantuan Komputer Riba dan Food Bank kepada pelajar B40 USIM, boleh layari platform crowfunding USIM  iatu jominfaq.usim.edu.my.

 

Disediakan oleh:
Noorumaina Mohamed Yunus
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan