“Ayah Mesti Kecewa Kalau Berhenti”, Pesanan Ibu Bangkitkan Semangat Graduan Menggapai Kejayaan
NILAI – Pernah melakukan pelbagai pekerjaan sambilan termasuk mencuci tandas dan surau demi menampung kos sara hidup serta membeli lampin pakai buang untuk arwah bapa yang terlantar sakit, Norshafira Nazari, 23, hari ini membuktikan segala pengorbanan itu tidak sia-sia apabila berjaya menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam program Pentadbiran Muamalat Fakulti Ekonomi [...]









