USIM Catat 97.6 Peratus Kadar Kebolehpasaran Graduan Tahun 2024
NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mencatatkan pencapaian membanggakan apabila merekodkan kadar kebolehpasaran graduan (GM) sebanyak 97.6% bagi tahun 2024. Ia melepasi penetapan sasaran nasional sebanyak 86.4% yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Pencapaian kebolehpasaran graduan ini merangkumi status empat indikator iaitu bekerja, melanjutkan pengajian, meningkatkan kemahiran dan menunggu penempatan dengan kadar responden [...]