USIM, TABUNG HAJI BERSAMA LAHIR PEMBIMBING HAJI

KELANA JAYA, 21 April - Seramai 45 orang Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air (PEKTA) dari seluruh Malaysia telah menerima sijil masing-masing setelah berjaya menamatkan Program Pengajian Sijil Pembimbing Ibadat Haji (SPIH) anjuran bersama Lembaga Tabung Haji (TH) dan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Program kali ketiga ini telah diadakan dalam dua [...]

By |2016-09-27T09:37:50+08:00April 30th, 2013|Campus News, News|

SPADA UMS DALAMI TERAPI PSIKO-SPIRITUAL

NILAI, 23 April - Seramai 20 orang pelajar Sarjana Kaunseling Penyalahgunaan Dadah (SPADA) Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan lawatan  ke Pusat Penyelidikan Dalam Penyalahgunaan Dadah Asia (ACREDA) USIM. Lawatan ini adalah sebahagian pengisian Bengkel Pemantapan Kemahiran Terapi Penyalahgunaan Dadah yang telah dianjurkan oleh pelajar Sarjana Kaunseling Penyalahgunaan Dadah (SPADA) USIM. Menurut Pengarah ACREDA, Prof. [...]

By |2016-09-27T09:38:44+08:00April 30th, 2013|News, Research News|

‘GUGUSAN D’ TAWAN SUKAN ANTARA JABATAN 2013

NILAI, 25 April – Gegak gempita perkarangan Pusat Sukan Tunku Najihah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan sorakan kakitangan USIM yang hadir bagi menyaksikan pertandingan bola jaring di antara Gugusan D dan Gugusan A. Menjadi acara terakhir  yang berlangsung sebelum tirai Sukan Antara Jabatan USIM edisi 2013 ditutup secara rasmi, acara ini turut disaksikan YBhg. [...]

By |2016-09-27T09:38:51+08:00April 26th, 2013|Campus News, News|

USIM, IPTA PERINTIS JALUR LEBAR 1Gbps

NILAI, 24 April – YBhg. Profesor Dato’ Dr. Asma Ismail, Naib Canselor USIM menyampaikan berita gembira buat warga Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) khususnya para pelajar apabila Universiti akan menikmati capaian internet yang lebih pantas melalui projek khas pembangunan jalur lebar IPTA. Projek hasil inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi menyasarkan untuk menaik taraf dan melengkapkan kemudahan [...]

By |2016-09-27T09:41:49+08:00April 26th, 2013|Campus News, News|

51 ORANG PALAPES USIM BAKAL DITAULIAHKAN

BANGI, 20 April – Seramai 98 orang pegawai kadet senior yang bakal ditauliahkan dalam Majlis Pentauliahan di-Raja oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada Julai ini diraikan dalam Majlis Makan Malam Rejimental bersama Komandan PALAPES UKM Siri 32 Tahun 2013  di Hotel Equatorial, Bangi. Barisan pegawai kadet PALAPES UKM [...]

By |2016-09-27T09:42:05+08:00April 24th, 2013|Campus News, News|

USIM KENALPASTI LAPANGAN KERJASAMA DENGAN UPSI

TANJONG MALIM, 18 April – Lawatan Kerja Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang diketuai oleh YBhg. Profesor Dato’ Dr. Asma Ismail, Naib Canselor USIM ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini telah mengenalpasti ruang kerjasama yang menarik untuk digerakkan secara aktif  antara kedua belah pihak. Turut serta dalam lawatan kerja ini adalah Ketua [...]

By |2016-09-27T09:42:22+08:00April 24th, 2013|Campus News, News|

USIM ALUKAN PELANTIKAN TNC (PENYELIDIKAN DAN INOVASI) PERTAMA

NILAI, 16 April – Menempa sejarah baharu di usia 13 tahun penubuhannya apabila YB Menteri Pengajian Tinggi bersetuju dan meluluskan pelantikan YBhg. Profesor. Dr. Hajah Mustafa Mohd Hanefah sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) pertama di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bermula 15 April 2013 hingga 14 April 2016 (3 tahun). Perlantikan ini secara [...]

By |2016-09-27T09:42:31+08:00April 16th, 2013|News, Research News|

LIMA IPTA SERTAI PROGRAM KEPIMPINAN MAHASISWA ISLAM

JELEBU, 8 April – Sebanyak 105 mahasiswa dari lima buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)  telah menyertai Program Kepimpinan Mahasiswa Islam Perdana yang telah diadakan di kem D’Agroloka, Jelebu, Negeri Sembilan pada 5 April hingga 8 April 2013. Program ini diursetiakan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan di sokong oleh Kementerian Pengajian  Tinggi (KPT) [...]

By |2016-09-27T09:42:44+08:00April 15th, 2013|Campus News, News|

SAMT TENGKU AMPUAN JEMAAH RANGKUL JOHAN DEBAT BAHASA ARAB

NILAI, 10 April – Selepas mencuba dalam beberapa edisi sebelum ini, akhirnya para pendebat Sekolah Agama Menengah Tinggi (SAMT) Tengku Ampuan Jemaah, Selangor tersenyum puas dan gembira apabila muncul Johan Pertandingan Debat Bahasa Arab Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan Kali ke-6 dan Jemputan Nusantara 2013. Membariskan pendebat yang terdiri daripada Abdul Wafi Ismail, Muhammad Khairul Fawwaz [...]

By |2016-09-27T09:44:56+08:00April 11th, 2013|Campus News, News|

KLINIK PAKAR MENJADI PRIVATE WING UNIVERSITI

NILAI, 4 April – Pengurusan Universiti komited untuk menubuhkan sebuah Klinik Pakar USIM di Bandar Baru Nilai sebagai salah satu private wing Universiti. Melalui penubuhannya, pastinya akan memberi peluang kepada penduduk sekitar Nilai dan Putrajaya untuk mendapatkan rawatan kesihatan terbaik pada kadar yang berpatutan. Seiring dengan perkembangan pesat pembangunan dan pertambahan penduduk Nilai  hampir 50 [...]

By |2016-09-27T09:44:45+08:00April 10th, 2013|Campus News, News|
Go to Top