NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Fakulti Sains Dan Teknologi terus memperkasa jaringan global menerusi penganjuran program Academic and Socio-Cultural Partnership for International Relations and Exchange (ASPIRE) in Malaysia yang berlangsung pada 27 hingga 28 April 2026 dengan penglibatan delegasi daripada Universitas Airlangga (UNAIR), Indonesia.
Program anjuran Sekretariat Fakulti Sains dan Teknologi (FST), USIM ini melibatkan seramai sembilan orang peserta daripada Universitas Airlangga dan diketuai oleh Pengarah Program, Muhammad Hazeeq Hadi, sebagai inisiatif memperkukuh kerjasama akademik serta pertukaran sosiobudaya antara institusi pendidikan di peringkat antarabangsa.
Program ini bertujuan membuka ruang perkongsian ilmu, pengalaman dan budaya antara mahasiswa kedua-dua institusi, di samping memupuk semangat kolaborasi global dalam kalangan mahasiswa. Melalui pelbagai pengisian berteraskan akademik dan interaksi budaya, para peserta berpeluang memahami dengan lebih dekat sistem pendidikan, nilai masyarakat serta kepelbagaian budaya antara Malaysia dan Indonesia.
Selain menjadi platform pengantarabangsaan, program ASPIRE turut mencerminkan komitmen USIM dalam melahirkan mahasiswa yang berdaya saing global serta memperkukuh hubungan strategik dengan institusi pendidikan serantau.
“Saya mengharapkan agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang kerana program ini sedikit sebanyak memberikan impak positif antara para pelajar FST dan juga pelajar antarabangsa” ujarnya.