Putrajaya, 19 Julai 2010 – Dalam mewujudkan kerjasama dan jalinan yang erat di antara pihak universiti, industri dan masyarakat,  Kementerian Pegajian Tinggi (KPT) telah menggariskan tujuh rangka kerja bagi mengukuhkan kerjasama universiti-industri dan masyarakat dalam menghasilkan lebih ramai tenaga kerja yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi.

Rangka kerja tersebut adalah terdiri daripada pendekatan kluster, latihan indutri di indutri ’high end’ sangkutan akademia industri, kadar dan perolehan pakar perunding, sistem pengiktirafan dan ganjaran akademia sistem penjenamaan dan pemasaran kepakaran penyelidikan dan produk universiti serta program kerjasama pemindahan ilmu.

Justeru itu, telah berlangsung satu memorandum persefahaman (MoU) antara beberapa Universiti, industri dan masyarakat. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) turut terlibat dalam memorandum ini yang diwakili oleh Y.Bhg. Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda, Naib Canelor USIM.

Selain USIM, beberapa universiti awam lain turut terlibat dalam memorandum persefahaman seperti Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia. Beliau turut melancarkan Pelan Pengukuhan Kerjasama Universiti, Industri dan Masyarakat.

Dalam ucapannya beliau berkata, melalui hubungan yang erat diantara universiti, industrI dan masyarakat, dapat meningkatkan sempadan pengetahuan dan transformasi untuk penghasilan produk, proses dan servis baru yang bermanfaat bagi pasaran lokal dan global. Selain itu, kerjasama ini akan menghasilkan pendapatan dari royalti produk komersial yang sekaligus memberi sumbangan terhadap pertumbuhan dan pendapatan ekonomi.

Dengan pelancaran Pelan Pengukuhan Kerjasama Universiti, Industri dan Masyarakat beliau berharap dapat menyediakan mekanisme dan amalan terbaik sebagai pedoman dan insentif dalam melaksanakan aktiviti dan program dalam usaha untuk meningkatkan kerjasama di antara universiti-indutri dan komuniti.

Oleh :
Siti Maizatul Akmar Ismail
Pembantu Wartawan
Unit Komunikasi Korporat
pwartawan@usim.edu.my