Dr. Mohamad Isa Bin Amat, Pengarah Pusat Penyelidikan Penyalahgunaan Dadah Asia (ACREDA)

S1Nama ACREDA bukanlah suatu yang asing bagi warga USIM,bagaimanapun, sebagai mukadimah temu bual ekslusif kali ini, boleh Dr terangkan berkaitan latar belakang dan sejarah ACREDA?

 

Pusat Penyelidikan dalam Penyalahgunaan Dadah Asia atau dikenali sebagai ACREDA telah mula ditubuhkan pada 15 April 2009 setelah diluluskan oleh Senat Universiti dalam Mesyuarat Senat Universiti Kali ke-50 Bil 2/2009 dan mula beroperasi pada 1 Januari 2010. Penubuhan ACREDA juga boleh dilihat sebagai suatu usaha untuk menjadikan Universiti Sains Islam (USIM) sebagai pusat rujukan dalam aspek-aspek berkaitan penyalahgunaan dadah melalui aktiviti penyelidikan, penerbitan, latihan dan perkhidmatan. Ditubuhkan dengan berasaskan kepada landasan penubuhan Pusat Kecemerlangan di bawah Teras Ketiga Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) iaitu Memperteguh Penyelidikan dan Inovasi, penubuhan ACREDA pada awalnya adalah bagi membantu kerajaan Malaysia membanteras musuh nombor satu negara iaitu masalah penyalahgunaan dadah.Jika dilihat pada kejayaan ACREDA hari ini, penubuhan ACREDA itu sendiri bukanlah terus menjadi satu pusat kecemerlangan universiti dalam masa yang singkat. ACREDA ditubuhkan melalui pengembangan dan pemerkasaan aktiviti Special Interest Group (SIG) dalam penyalahgunaan dadah melalui Program Fleksi Diploma Pascasiswazah dalam Penyalahgunaan Dadah/ Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) – SPADA yang ditawarkan di USIM semenjak tahun 2005. Program yang bermatlamat untuk menghasilkan kumpulan sumber manusia yang mempunyai pengetahuan khusus dan berkemahiran dalam bidang penyalahgunaan dadah ini merupakan hasil keputusan Jawatankuasa Kabinet yang diusulkan oleh Menteri Pengajian Tinggi pada tahun 2004 agar terdapat sebuah program pengajian yang khusus dalam bidang penyalahgunaan dadah dan usul ini bertepatan dengan kehendak kerajaan yang ketika itu begitu memerlukan special task force yang mempunyai kepakaran dalam rawatan dan pemulihan penyalahgunaan dadah di Malaysia. Setelah diluluskan oleh pihak kerajaan, hanya USIM dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah bersedia dan sanggup mengendalikan program tersebut. Kini setelah enam tahun ACREDA beroperasi, program tersebut masih berjalan dan terus berkembang dengan adanya Program Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah).

S2

Kita juga mengambil maklum bidang fokus ACREDA adalah sebagai pusat rujukan dalam usaha-usaha yang berstrategik untuk mengurangkan bahkan menghapuskan masalah penyalahgunaan dadah yang ada dalam masyarakat. Sehubungan itu, apakah pencapaian-pencapaian utama sepanjang penubuhan ACREDA?

 

Secara peribadi, saya merasakan terlalu banyak pencapaian serta pengalaman berharga yang diperoleh sepanjang saya menjadi ahli keluarga ACREDA, antaranya sudah tentulah pengalaman dan pengetahuan dalam bidang penyalahgunaan dadah yang semakin bertambah dan lebih meluas yang kini banyak membantu saya menjalankan tugas sebagai pengarah di ACREDA. Memandangkan bidang ini lebih terfokus kearah pencegahan dan rawatan dadah, maka secara automatik, saya juga menjadi lebih fokus skop tugas saya di sini. Dari segi pencapaian ACREDA, pencapaian utama adalah apabila ACREDA itu sendiri semakin dikenali oleh pihak-pihak luar. Melalui jaringan hubungan yang terbina antara organisasi dan tokoh-tokoh terkenal yang terdiri daripada pihak kerajaan dan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Penjara Malaysia, Persatuan Pengasih Malaysia, Persatuan Bekasbekas Penagih Dadah (PENDAMAI) secara tidak langsung dapat membantu membina reputasi dan kredibiliti serta menaikkan populariti ACREDA agar lebih dikenali sebagai sebuah pusat kecemerlangan penyelidikan dalam penyalahgunaan dadah di Malaysia. Menerusi penganjuran beberapa siri seminar dan konvensyen kebangsaan dan antarabangsa seperti Seminar Antarabangsa Pencegahan Penyalahgunaan Dadah (PREVENT) dan Empowering Youth for DrugFree Community (EYDFC) yang saban tahun mendapat perhatian umum,  jelas memperlihatkan usaha-usaha yang dilakukan ACREDA.Selain itu, saya juga berpendapat bahawa, pencapaian terbesar ACREDA adalah melalui program yang ditawarkan yang mampu mengintegrasikan kerajaan dengan NGO dalam menghubungkan dunia penyelidikan dan praktikal diluar sana. Dengan terhasilnya beberapa manuskrip yang berkaitan dengan prinsip pencegahan penyalahgunaan dadah serta modul pencegahan komuniti iaitu community batterydrug abuse prevention strategy atau dikenali sebagai COMBATDAPS, pembangunan modul yang diketuai oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Abd. Halim Bin Mohd Hussin, mantan Pengarah ACREDA yang kini merupakan Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), beberapa penyelidik USIM dan rakan strategik USIM telah banyak membantu kerajaan dan NGO dalam menangani kes-kes pencegahan dan penagihan dadah. Modul ini juga telah mendapat pengiktirafan daripada beberapa badan luar dan pada tahun 2010, saya diberi peluang untuk membentangkan kertas kerja modul ini dalam konferens iaitu The Society for Prevention Research (SPR) di Denver, Colorado. Modul pencegahan ini kini sedang dalam proses dinaiktaraf kepada versi yang lebih terkini untuk disesuaikan dengan tetapan dan sasaran pengguna modul dan dijangka akan dikeluarkan dalam tahun ini juga. Selain modul COMBAT-DAPS ini, pencapaian ACREDA dalam membantu membanteras penyalahgunaan dadah adalah melalui pendekatan psikospiritual Islam yang diperkenalkan oleh Prof. Madya Dr. Mohd. Rushdan Mohd. Jailani, iaitu mantan pengarah ACREDA yang kedua. Konsep Psikospiritual Islam ini sangat menepati fitrah asal kejadian manusia dan kesedaran terhadap Terapi Psikospiritual banyak diutarakan oleh ramai pengkaji dan kaunselor di Barat.

S3 USIM sedang menyasarkan untuk menjadi pusat rujukan di peringkat serantau pada tahun 2016 (USIM ’16). Jadi apakah perancangan aktiviti yang akan digerakkan oleh ACREDA untuk tahun ini?

 

Pada tahun ini ACREDA telah mengadakan aktiviti-aktiviti seperti Program Pengantarabangsaan Serta Lawatan Akademik dan Teknikal ke Perth, Australia, yang telah diadakan pada 16 Februari 2016. Program ini telah disertai oleh pensyarah Buletin Penyelidikan dan Inovasi USIM 7 Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) dan pelajar Program Fleksi SPADA 2014/2016 bagi memberi pendedahan dan dapatan maklumat berkenaan model/modul rawatan dan pemulihan  penagihan dadah yang digunakan di pusat-pusat pemulihan dadah di Perth, Australia. Program ini juga meluaskan jaringan kerjasama antarabangsa di antara universiti dan pihak luar. ACREDA juga telah mengadakan Program Kampus Bebas Dadah USIM-KPJUC pada 27 April 2016. Bersempena dengan Hari Anti dadah Peringkat Kebangsaan, pihak ACREDA telah menganjurkan program ini bertempat di KPJ Healthcare University College, Nilai. Antara pengisian program ialah bengkel pendidikan dan pencegahan penyalahgunaan dadah, forum kampus bebas dadah, pameran dari pihak Agensi Antidadah Kebangsaan dan pertunjukan khas oleh Unit Anjing Pengesan (K9) PDRM. Program yang masih belum dijalankan dan dijadualkan pada tahun ini adalah Seminar Antarabangsa PREVENT 2016. Seminar ini diadakan untuk memperkasa kaedah pencegahan dan rawatan pemulihan yang sedang diamalkan di pusat-pusat khidmat nasihat dan rawatan  penyalahgunaan dadah di seluruh Malaysia. Seminar ini juga merupakan satu platform perkongsian maklumat, pengalaman pencegahan penyalahgunaan serta kaedah pemulihan dadah untuk mencapai hasrat negara bebas daripada dadah menjelang tahun 2016.

S4 Pada pendapat Dr, bagaimana perkembangan penyalahgunaan dadah di Malaysia dan apakah sumbangan langsung ACREDA dalam menangani masalah ini?

 

Penyalahgunaan dadah di Malaysia masih dapat dikawal dan peranan semua dalam menangani perkara ini sangat diperlukan. Di ACREDA sendiri telah ada modul dan program tertentu dalam menangani permasalahan ini. Setakat ini telah ada empat modul yang dibangunkan. Integrated Addiction Counseling Training Module (Revised) INTACT-M(R) yang dijalankan dalam tiga peringkat iaitu, Foundation, Basic Skills dan juga Advance Skillls. Modul ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan kaunseling kepada penagih serta meningkatkan efikasi kendiri dalam menjalankan sesi kaunseling kepada pesakit yang ketagihan. Merupakan satu modul latihan untuk kaunselor menolong dengan berkesan dengan cara memberi inspirasi dan motivasi kepada pesakit yang ketagihan untuk berubah. Komponen bersepadu dalam modul ini seperti kerohanian dan keagamaan juga disampaikan bersama-sama dengan komponen pembangunan profesional.

I Bil 5 I June 2016 8 Integrated Addiction Counseling Training Module-Prototype (INTACT-P) dengan modul yang merangkumi sumbangan besar kepada keselamatan dan kesihatan mental dan sosial. Merupakan satu langkah pertama yang penting dan sangat bersepadu, dengan pelbagai pendekatan psikososial komponen dalam rawatan penyalahgunaan dadah. Modul ini memerlukan 30 jam pada latihan termasuk kerja lapangan dan perundingan bagi aktiviti perawatan. Community Battery-Drug Abuse Prevention Strategy (COMBATDAPS) yang mana terdapat empat peringkat proses di dalamnya merangkumi Pemahaman kepada Dadah dan Penyelahgunaan Dadah, Merancang Program Pencegahan dalam Komuniti, Strategi Pencegahan dan penilaian program dan cadangan. Terapi Zikr pula adalah merupakan kombinasi proses intelek dan rohani yang bertujuan untuk meningkatkan kestabilan diri kepada orang yang dipulih. Aplikasi ini adalah mudah kerana ia boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan, secara di dalam hati atau secara lisan pada bila-bila masa dan tempat. Ianya mempunyai potensi yang bermanfaat dan kelebihan merawat ketagihan berdasarkan amalan yang sedia ada.

S5 Apakah pandangan Dr dengan melihat kepada perkembangan ACREDA setakat ini dan apakah harapan Dr untuk ACREDA pada masa akan datang?

 

ACREDA yang telah diwujudkan pada 1 Januari 2010 telah menyaksikan perkembangan yang mencapah naik.Sememangnya menjadi harapan kita semua agar ACREDA dapat memberikan letusan yang lebih besar lagi. Diharapkan pada masa akan datang, sesuai dengan rujukan di peringkat asia, ACREDA akan dapat mencapai kelangsungan dan kesinambungannya. Sebagai memenuhi hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), iaitu penarafan CoE di IPT sebagai Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi – Higher Institution Centre of Excellence (HICoE). Buletin Penyelidikan dan Inovasi USIM 9 adalah salah satu langkah strategik untuk melonjakkan HICoE yang telah dinobatkan untuk menjadi peneraju dalam bidang nic masing-masing ke peringkat kebangsaan dan seterusnya dipupuk dan dilonjakkan ke arah mencapai taraf antarabangsa.

ACREDA akan sentiasa berdaya saing dalam pelbagai bidang penyelidikan, kepakaran dan perkhidmatan di peringkat kebangsaan serta antarabangsa. Menyasarkan untuk menjadi sebuah Hi-CoE dengan memberi tumpuan kepada teras perkhidmatan; aktiviti utama pusat ini ialah menjalankan penyelidikan untuk meningkatkan perkhidmatan dan perundingan kepada masyarakat dan industri. 70 peratus daripada aktiviti-aktiviti akan menumpukan kepada bidang perkhidmatan, manakala 30 peratus lagi terdiri daripada kerja-kerja penyelidikan dan pengajaran. ACREDA juga berhasrat untuk membantu dalam meningkatkan sumbangan dalam pencapaian Malaysian Research Assessment Instrument (MyRA) di USIM dengan fokus kepada kecemerlangan penyelidikan dan juga modal insan yang berkualiti yang akan memberi impak kepada negara dan masyarakat. Selain itu, ACREDA berharap dapat meningkatkan kualiti penawaran program akademik dengan menawarkan Program SPADA secara terbuka kepada semua calon. ACREDA juga berharap akan dapat menawarkan program Master dan Doktor Falsafah secara penyelidikan sepenuhnya.