NILAI, 25 Februari 2023 – Hari Sukan Alumni USIM 2023 julung kali diadakan bertempat di Kompleks Sukan Tuanku Najihah berjaya menghimpunkan seramai 120 alumni pelbagai program termasuk ahli keluarga.

Hari Sukan yang diurusetiakan oleh Kelab Sahabat Alumni (KSA) ini telah menerima penyertaan aktiviti iaitu sebanyak lima pasukan bola sepak, tiga pasukan bola tampar termasuk beberapa aktiviti kanak-kanak dengan kehadiran peserta dari serata negeri bukan hanya sekitar Lembah Klang, malah dari Johor, Terengganu, Kelantan, Perak dan Sabah.

 

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Dr. Adnan Mohamed Yusoff melahirkan  rasa berbesar hati dengan sambutan dan penyertaan yang diterima, serta berharap agar semua alumni dapat sama-sama menghidupkan Persatuan Alumni USIM dan kembali berhubung agar ukhwah dapat terus diperlihara, ujarnya ketika merasmikan majlis tersebut.

Beliau berkata lagi, pengurusan juga sedang berusaha untuk memperkasakan insentif penggunaan kad alumni agar dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh alumni termasuk merencana penganjuran Program Mega Himpunan Alumni yang akan dilaksanakan dengan kerjasama beberapa Pusat Tanggungjawab USIM.

Semoga usaha seperti ini dapat mencapai hasrat menjadikan negara sebagai ‘Malaysia Madani’, di samping dapat menggalakkan penglibatan semua alumni USIM untuk bersama-sama turun padang menyertai aktiviti dan program yang dianjurkan oleh alma m ater.

Turut hadir memeriahkan acara adalah Mantan Ahli Lembaga Pengarah Universiti (Wakil Alumni) Mohd Hariri Mohamad Daud, Pengarah Pusat Sukan En. Ekmal Buhary juga Pengarah Pusat Alumni dan Kerjaya Hj. Mazlan Nawang serta Ahli Jawatankuasa Persatuan Alumni USIM.

sumber: Pusat Kerjaya dan Alumni

Dikemaskini oleh:
Noorumaina Mohamed Yunus
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan