Rai Kejayaan Paten, USIM Perkukuh Langkah Ke Arah Pengkomersialan Inovasi
NILAI –Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus memperkukuh kedudukannya sebagai institusi pendidikan tinggi berteraskan inovasi apabila meraikan kejayaan enam (6) harta intelek yang berjaya memperoleh kelulusan paten dan perbaharuan utiliti dalam Majlis Apresiasi Paten Penyelidik USIM yang berlangsung di Ruknu Arabi, Perpustakaan USIM baru-baru ini. Majlis yang julung kali diadakan ini disempurnakan oleh Naib Canselor [...]









