INOVASI USIM DI PECIPTA 2009

Kuala Lumpur, 9 Oktober 2009 – USIM menang satu perak dan tiga gangsa dalam Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA 2009) anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan kerjasama Universiti Malaya. PECIPTA 2009 telah diadakan selama 3 hari bermula 8 hingga 10 Oktober bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). ‘New Source of [...]

By |2016-11-30T16:13:02+08:00Oktober 13th, 2009|Berita, Berita Kampus|

USIM BERI SERVIS PERGIGIAN KEPADA KOMUNITI SETEMPAT

Pandan Indah, 7 Oktober 2009 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mula mengorak langkah untuk memberikan servis kepada komuniti setempat. Selaras dengan itu Fakulti Pergigian (FPg) USIM menyediakan program khidmat masyarakat dengan pembukaan Unit Perkhidmatan Pergigian yang dilengkapi dengan kemudahan canggih meliputi 37 dental chairs, mesin pengimbas sinar-x dan lain-lain peralatan pergigian. Menurut Prof. Dato’ [...]

By |2016-11-30T16:18:01+08:00Oktober 12th, 2009|Berita, Berita Kampus|

USIM FOKUS PETUNJUK PRESTASI UTAMA

Seremban, 2 Oktober 2009 – Pusat Pengembangan Akademik USIM telah menganjurkan Bengkel Kursus Indek Petunjuk Prestasi Utama dan Balanced Scorecard(BSC) pada 2 hingga 4 Oktober 2009 bertempat di Klana Resort, Seremban Negeri Sembilan. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang terdiri dari Encik Megat Akbaruddin Megat Ismail, Pengarah Pengurusan Amalan Terbaik MPC, [...]

By |2016-11-30T16:19:44+08:00Oktober 5th, 2009|Berita, Berita Kampus|

USIM BERI INSENTIF KEPADA ATLET SUKAN MASUM DAN SUKAN STAF 2009

Nilai, 15 September 2009 – Kontingen USIM telah menyertai Kejohanan Sukan MASUM 2009 bertempat di Universiti Utara Malaysia (UUM) yang terdiri daripada pelajar-pelajar USIM pada bulan Mei 2009 dan Sukan Staf di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada bulan Jun 2009 yang lalu. Pada temasya Kejohanan Sukan MASUM kali ini, kontingen USIM telah memenangi sejumlah satu [...]

By |2016-11-30T16:22:18+08:00September 16th, 2009|Berita, Berita Kampus|

BICARA AKADEMIK : MENGEJAR KECEMERLANGAN TANPA RUH

Nilai, 14 September 2009 – Mantan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Y.Bhg. Tan Sri Prof. Dr. Mohd Kamal Hassan melahirkan perasaan bimbang terhadap masyarakat kini yang sedang terancam akibat tiada nilai-nilai moral dalam sistem ekonomi masakini disebabkan kelalaian pengurusan universiti seluruh dunia dalam usaha menekankan nilai-nilai dan akhlak mulia dalam pengajian tinggi. Ini kerana [...]

By |2016-11-30T16:23:58+08:00September 15th, 2009|Berita, Berita Kampus|

BKKUSIM ANJUR SOLAT HAJAT DAN TAHLIL PERDANA

Nilai, 10 September 2009 – Hampir 200 kakitangan USIM telah menyertai Majlis Solat Hajat dan Tahlil Perdana bertempat di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan. Majlis ini diadakan bersempena dengan Sambutan 10 tahun Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan mendoakan kesejahteraan USIM agar terus berjalan dengan baik demi mencapai matlamat penubuhan ketika ia diasaskan 10 tahun [...]

By |2016-11-30T16:25:39+08:00September 11th, 2009|Berita, Berita Kampus|

BAHAGIAN KESELAMATAN USIM EDAR BUBUR LAMBUK

Nilai, 3 September 2009 – Kira-kira 650 bungkus bubur lambuk telah diedarkan secara percuma kepada semua kakitangan USIM. Menu istimewa yang menjadi hidangan setiap bulan Ramadhan itu disediakan seawal pagi dan diedarkan kepada semua kakitangan USIM bermula pukul 5.00 petang. Penganjuran tradisi pada kali ini adalah dari Bahagian Keselamatan USIM. Menurut Bahagian Keselamatan USIM, selain [...]

By |2016-11-30T16:28:23+08:00September 4th, 2009|Berita, Berita Kampus|

USIM AMBIL LANGKAH CEGAH INFLUENZA H1N1

Nilai, 2 September 2009 – Wabak Influenza A (H1N1) dilihat kini semakin serius penularannya. Ini berikutan sehingga kini kes kematian mencecah ke angka 72 orang. Atas rasa prihatin dan tanggungjawab, Unit Kesihatan Pelajar, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengambil langkah awal bagi mencegah penularan wabak ini dengan membuat pemeriksaan saringan Influenza A (H1N1) di [...]

By |2016-11-30T16:30:25+08:00September 3rd, 2009|Berita, Berita Kampus|

NAIB CANSELOR USIM SERAH JALUR GEMILANG

Nilai, 28 Ogos 2009 – Bersempena dengan Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-52, USIM telah melancarkan Majlis Penyerahan Jalur Gemilang kepada semua warga USIM. Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj. Husin, Naib Canselor USIM sendiri telah menyerahkan jalur gemilang ini kepada semua warga USIM. Antara objektif aktiviti ini dijalankan adalah untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan di [...]

By |2016-11-30T16:32:51+08:00September 2nd, 2009|Berita, Berita Kampus|

USIM MELAKAR KECEMERLANGAN DI USIA 10 TAHUN

Nilai, 28 Oktober 2009 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berhasrat untuk berdiri sama gagah sebagai sebuah universiti bertaraf APEX dalam masa 10 tahun akan datang. “Kearah itu, program-program pembangunan insaniah menjadi keutamaan universiti yang digabung jalin serta digarap dalam perkembangan dan kemajuan akademik pelajar”, kata Y.Bhg. Tan Sri Dr. Mohamad Yusof Hj. Md. Nor, [...]

By |2016-11-30T16:34:32+08:00Ogos 29th, 2009|Berita, Berita Kampus|
Go to Top