Gelandangan Dapat Perhatian Warga USIM

KUALA LUMPUR-  Seramai 48 orang pelajar USIM dari Kelab Suruhanjaya Pencegah Rasuah, Kolej Kediaman dan Pihak Pengurusan Tertinggi Universiti yang diketuai oleh Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Pendaftar USIM serta beberapa orang pegawai dan kakitangan USIM  turun padang mengagihkan 100 bungkusan makanan kepada golongan gelandangan di sekitar ibu kota tersebut [...]

By |2016-11-15T14:04:38+08:00Mei 15th, 2012|Berita, Berita Kampus|

USIM Lancar GPS

NILAI- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melancarkan Sekretariat Gerakan Pengguna Siswa (GPS) untuk menarik minat dikalangan mahasiswa melibatkan diri dalam program kepenggunaan bermula di peringkat universiti, sekaligus menjadikan mereka ikon kepada masyarakat luar. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (PPDNKK), Negeri Sembilan, Encik Talal Bin Haji Abu Bakar, [...]

By |2016-11-15T14:05:44+08:00Mei 11th, 2012|Berita, Berita Kampus|

PREVENT Ajak Cegah Penyalahgunaan Dadah

NILAI - Isu penyalahgunaan dadah merupakan isu yang sentiasa relevan merentasi masa yang telah mengancam semua golongan masyarakat sama ada yang berpendidikan tinggi, professional mahupun golongan yang tidak berpendidikan. Tarikh 26 Jun 1987 telah diisytiharkan sebagai Hari Antidadah Antarabangsa oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan sehingga kini setelah 25 tahun berlalu, isu ini masih belum [...]

By |2016-11-15T14:09:07+08:00Mei 10th, 2012|Berita, Berita Kampus|

SPARK BENTUK MAHASISWA KREATIF

NILAI – Di dalam melahirkan mahasiswa berfikiran kreatif, aspek pemahaman secara praktikal dan kemahiran  mencipta serta mencerna idea baru di dalam menyelesaikan sesuatu masalah ataupun membuat keputusan merupakan aspek yang perlu dititik beratkan. Menyedari akan pentingnya perkara ini, Pusat Pengajian Teras (PPT) telah mengambil inisiatif ini dengan menganjurkan SPARK 2012 (Seminar Dan Pameran Produk Kreatif) [...]

By |2016-11-15T14:10:51+08:00Mei 10th, 2012|Berita, Berita Kampus|

FKP Teraju Program LIQA’ Bantu Lahir Generasi al-Abrar

NILAI - Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) dipertanggungjawab untuk menerajui Program LIQA’ bagi membantu merealisasikan aspirasi universiti dengan melaksanakan Modul Pembangunan Insaniah Pelajar Muslim (LIQA’) yang kini sudah memasuki siri kedua. Program tersebut adalah untuk membantu mewujudkan golongan pelajar yang memiliki sifat al-Abrar dan sekaligus membantu memenuhi gagasan [...]

By |2016-11-15T14:12:15+08:00Mei 10th, 2012|Berita, Berita Kampus|

USIM, AirAsia Tandatangan Surat Niat

NILAI - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan AirAsia Bhd menandatangani Surat Niat(LOI) yang akan membolehkan kakitangan dan para pelajar universiti ini menikmati pelbagai faedah dari syarikat penerbangan tambang murah itu. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Profesor Dato’ Dr. Mohamed Asin Dollah berkata antaranya ialah tiada penalti dikenakan jika berlaku perubahan tarikh [...]

By |2016-11-15T14:13:35+08:00Mei 4th, 2012|Berita, Berita Kampus|

USIM, BiotechCorp Lancar Makmal Analisis IHRAM

NILAI- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Malaysian Biotechnology Corporation Sdn. Bhd. (BiotechCorp) melancarkan makmal analisis halal Institut Penyelidikan dan Pengurusan Halal (IHRAM) melalui kerjasama dalam bidang bioteknologi dengan usaha memacu indusri halal negara. Pelancaran yang diadakan sempena majlis rangkaian BioNexus Program (BNP) yang ke-3, dirasmikan oleh Y.Bhg. Profesor Emeritus Tan Sri Abdul Shukor [...]

By |2016-11-15T14:15:09+08:00April 26th, 2012|Berita, Berita Penyelidikan|

Siri 2 Walkathon 10,000 Langkah Sasar Penyertaan Lebih Ramai Warga Usim.

NILAI - Siri 2 Walkathon 10,000 langkah yang akan diadakan pada 25 April ini diharapkan dapat memupuk minat dan menarik lebih ramai lagi warga USIM untuk turut serta menjayakan program  kesihatan ini. Menurut Dr. Mohd Hairulhisyam Ngatiman, Pegawai Perubatan YM, Unit Kesihatan pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Program walkalthon siri 1 telah berjaya dilaksanakan [...]

By |2016-11-15T14:19:47+08:00April 26th, 2012|Berita, Berita Kampus|

KK1 Ungguli SUKOL 2012

NILAI - Kolej Kediaman Satu (KK1) yang juga merupakan penganjur utama sukan antara kolej (SUKOL) telah dinobatkan sebagai  Juara keseluruhan bagi kejohanan sukan tersebut yang telah diadakan di Kompleks Sukan Tunku Najihah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) baru-baru ini. Kehebatan atlet-atlet KK1 terserlah apabila berjaya menjadi johan dalam acara bola sepak, bola jaring, sepak takraw, [...]

By |2016-09-15T12:26:02+08:00April 26th, 2012|Berita, Berita Kampus|

Dakwah Berkesan, Empat Orang Asli Peluk Islam

PEKAN – Program Khidmat Sosial Orang Asli yang disertai 82 Pelajar Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) nyata tidak sia-sia dan memberi kesan apabila empat orang masyarakat Orang Asli di Kg Meranti, Pekan, Pahang berjaya memeluk Islam. Program yang disertai daripada empat gabungan program FKP iaitu Da’wah dan Pengurusan Islam, Akidah dan Pengajian Agama, Komunikasi dan [...]

By |2016-09-15T12:24:15+08:00April 23rd, 2012|Berita, Berita Kampus|
Go to Top