Pelajar Cemerlang Kolej Permata Insan USIM berusia 15 Tahun raih 11A dalam SPM 2024
NILAI – Muhammad Zulfikar Firas Putra Zulpakar Pahmi, 16, pelajar Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), telah mencatat kejayaan cemerlang dengan memperoleh keputusan 11A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 baru-baru ini. Beliau merupakan pelajar termuda dan ‘fast track’ SPM pada tahun 2024 ketika beliau berusia 15 tahun. Anak tunggal kelahiran Kuala Lumpur [...]